awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BAP perkukuh akses pendidikan, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI
Amaran Donald Trump: AS akan campur tangan jika Iran bunuh penunjuk perasaan
AkhiRI: Set pengurusan jenazah Yayasan Rizalman Ibrahim galak kesedaran persediaan akhir hayat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Penduduk Kampung Iboi ingin segera pindah, tidak sanggup lagi tanggung kerugian

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/09/2022
08:23 MYT
Banjir Baling: Penduduk Kampung Iboi ingin segera pindah, tidak sanggup lagi tanggung kerugian
Penduduk di Kampung Iboi, Baling, ingin segera berpindah kerana tidak sanggup lagi untuk melalui ujian tragedi kepala air serta banjir kilat yang sering berlaku. - Gambar Astro AWANI
BALING: Penduduk di Kampung Iboi di daerah ini, ingin segera berpindah kerana tidak sanggup lagi untuk melalui ujian tragedi kepala air serta banjir kilat yang sering berlaku.
Rata-rata penduduk yang tinggal di pesisir Sungai Kupang juga trauma dengan bencana alam yang turut menyebabkan mereka menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda selepas kejadian ketiga pada petang Selasa mengakibatkan lumpur setinggi satu meter memasuki kediaman dan premis perniagaan.
Antara mangsa tragedi itu, Abdul Rahman Ahmad, 68, berkata, kejadian kali ketiga yang berlaku dalam tempoh dua bulan membuatkan dia letih dan semakin takut untuk terus tinggal di rumah yang terletak hanya 100 meter dari sungai.
Katanya, selepas kejadian 4 Julai lalu, isterinya, Sopiah Abdullah, 65, serta tiga cucu mereka tidak berani kembali ke rumah kerana masih trauma.
Justeru, Abdul Rahman berharap, kerajaan negeri dapat membantu mereka untuk segera berpindah ke kawasan yang lebih selamat.
“(Nak) pindahlah, nak buat macam mana? Di sini pun tidak boleh tinggal lagi takut juga tinggal di sini,” luahnya kepada Astro AWANI ketika ditemui hari ini.
Kesedihan Abdul Rahman juga tambah berganda apabila dia terpaksa menanggung kerugian lebih RM60,000 akibat kerosakan barangan perniagaan selepas kedai runcit yang baru dibuka semula dua minggu lalu dihanyutkan arus.
Katanya, sebelum ini dia tidak berhasrat untuk berpindah ke tempat lain kerana sudah berniaga di kampung tersebut lebih 30 tahun.
Jelas Abdul Rahman, dalam kejadian pertama dia terpaksa menangung kerugian lebih RM300,000 selepas barang-barang dagangan, perkakasan rumah serta lima buah kereta dan tiga buah motosikal dihanyutkan arus deras.
“Hari Sabtu ini hendak buka (kedai) semula… semalam susun barang (niaga) lepas kejadian semalam saya pun tidak tahu hendak buat apa (dengan) barang-barang itu, banyak yang rosak,” kongsi Abdul Rahman lagi.
Sementara itu, seorang lagi penduduk Kampung Iboi, Tahar Lah Ahmad, 80, berkata dia menyaksikan sendiri aliran air deras membadai dan melimpahi Jambatan Bailey.
Katanya, arus deras itu turut membentuk aliran baharu selepas tebing sungai di sebelah kiri runtuh menyebabkan air sungai dan puing menghentam jalan.
Tahar berkata, dalam tragedi kali ini juga, penduduk bernasib baik apabila hanya tiga peratus puing dihanyutkan berbanding kejadian pada 4 Julai lalu yang menghanyutkan lebih banyak kayu dan balak dan menghentam kediaman penduduk.
Dalam kejadian pada 4 Julai lalu menjejaskan 41 kawasan dan mengorbankan tiga sekeluarga termasuk seorang wanita hamil berusia 23 tahun.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#Penduduk
#pindah
#Kampung Iboi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan