awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Satu kes COVID-19 dikesan, tiga kontak rapat dikenal pasti

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
08/07/2022
04:20 MYT
Banjir Baling: Satu kes COVID-19 dikesan, tiga kontak rapat dikenal pasti
Keadaan rumah yang musnah akibat banjir di Baling. - Astro AWANI
BALING: Satu kes positif COVID-19 kategori dua dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Kupang, Baling oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.
Pengarah JKN Kedah, Dr Othman Warijo, memaklumkan individu berkenaan kini telah diasingkan di wad isolasi Hospital Baling.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, tiga kontak rapat turut dikenal pasti dan telah diasingkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Khas.
Hasil ujian RTK-Ag mendapati kesemua mereka adalah negatif COVID-19 dan tidak bergejala.
Beliau turut menyatakan bahawa JKN Kedah juga turut menjalankan pemantauan penyakit berjangkit dalam kalangan penduduk terutama penyakit COVID-19, penyakit seakan Influenza (ILI), leptospirosis, cirit-birit dan penyakit bawaan makanan dan air.
Dr Othman menjelaskan sehingga jam 8 malam tadi, tiga PPS masih dibuka iaitu di Surau An-Nur, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Yayasan Al-Khairiah.
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Baling juga turut akan meneruskan perkhidmatan klinik perubatan statik melibatkan tiga pasukan perubatan.
Klinik statik berkenaan beroperasi selama 24 jam di PPS SMK Jerai manakala bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang di dua PPS yang lain.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan bahawa pihaknya telah menggerakkan Pasukan Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial yang membuat penilaian respons psikososial di lapangan.
Pasukan berkenaan juga akan ditugaskan untuk memberi bantuan kecemasan psikososial kepada mangsa banjir yang terkesan.
Topic Berkaitan
#kes positif COVID-19
#Othman Warijo
#banjir baling
#kontak rapat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan