KUALA LUMPUR: Ujian dihadapi lebih 100 keluarga yang menjadi mangsa bencana banjir dan kepala air di Baling, Kedah mendapat perhatian Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila syarikat utiliti itu tampil menghulurkan sumbangan bantuan berbentuk bantuan bakul makanan dan wang tunai.
TNB dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sebahagian sumbangan mula diagihkan semalam (7 Julai 2022) oleh Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kepada mangsa banjir di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di PPS Surau An-Nur Taman Mesra, PPS Sekolah Menengah Agama Yayasan Al-Khairiyah dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai.
"Penyerahan bakul bantuan makanan dan wang tunai yang diselenggarakan Pejabat Dearah Baling itu sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada mangsa-mangsa yang akan menyambut Hari Raya Aidiladha beberapa hari sahaja lagi.
"Bantuan berkenaan adalah daripada kutipan Tabung Warga TNB Prihatin (TWTP), yang dikumpulkan dari potongan gaji warga kerja TNB bagi membantu meringankan beban rakyat terutamanya golongan B40," menurut kenyataan tersebut.
Menurut TNB, Takiyuddin yang meluangkan kira-kira lima jam di ketiga-tiga buah PPS itu turut melawat pepasangan TNB yang terjejas berikutan kejadian banjir tersebut.
"Beliau memuji tindakan pantas warga kerja TNB memulihkan bekalan yang terpaksa dihenti sementara ketika banjir berlaku. Takiyuddin juga menghargai bantuan yang dihulurkan warga kerja TNB kepada mangsa-mangsa banjir," katanya.
Katanya, dalam kejadian bermula petang 4 Julai 2022 tersebut, 22 pepasangan TNB termasuk pencawang elektrik terpaksa dihenti tugas sementara bagi mengelakkan kejadian renjatan elektrik dan memastikan keselamatan orang ramai terjamin.
"Tindakan segera TNB telah berjaya menyambungkan semula bekalan secara berperingkat dengan kesemua 22 pepasangan elektrik yang terjejas telah dipulihkan sepenuhnya jam 6.48 petang hari berikutnya," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Fri Jul 08 2022

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (tengah) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada salah seorang mangsa banjir dan kepala air di PPS SMK Jerai. - DagangNews

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.
Polis kutip RM302 juta, Januari hingga Ogos
Polis merekodkan kutipan kompaun lebih RM300 juta membabitkan 3.8 juta saman bagi lapan bulan pertama tahun ini.
17,241 kenderaan perdagangan diperiksa dalam 4 hari
Sebanyak 17,241 kenderaan perdagangan diperiksa bagi tempoh empat hari Op Khas Kenderaan Perdagangan dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman seluruh negara.

Baling sekali lagi dilanda banjir kilat, 50 rumah terjejas
Hujan lebat lebih dua jam menyebabkan kira-kira 50 rumah terletak berhampiran sungai di tujuh kampung di mukim Kupang, Baling dilanda banjir kilat, hari ini.

Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.

Banjir Baling: 151 mangsa dipindahkan ke PPS
Kesemua mangsa terpaksa dipindahkan berikutan hujan berterusan sejak Sabtu.

Banjir Baling: Bimbang hujan lebat sekali lagi, mangsa di PPS tidak dibenar pulang
Sebahagian besar mangsa banjir kilat di daerah ini yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak dibenarkan pulang walaupun cuaca cerah hari ini.

Banjir Baling: Kepala air sekali lagi landa Kampung Iboi, 2 PPS dibuka
Kejadian kepala air sekali lagi melanda Kampung Iboi sehingga air melimpah ke atas jambatan Bailey, petang Selasa.

Banjir Baling: Kerajaan akan semak semula keputusan pembinaan empangan sabo - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membuat semakan semula dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) berhubung pembinaan dua empangan sabo di kaki Gunung Inas, Baling.

Banjir Baling: Kedah perlu beri perhatian isu kolam takungan di puncak Gunung Inas - PM
Banjir Baling| Kerajaan Kedah perlu beri perhatian berhubung isu kolam takungan- PM

Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Perdana Menteri berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey.

Banjir Baling: Laporan penuh dibentang di Parlimen 4 Ogos - Takiyuddin
Kajian berkenaan bagi mencari punca sebenar bencana yang berlaku selain cadangan untuk mengatasi masalah berkenaan.

Banjir Baling: Kelulusan ladang hutan di Gunung Inas era BN, tebang balak 2018
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kawasan yang ditanam durian musang king terbabit dipercayai dilakukan penebangan balak antara tahun 2018 dan 2019.