KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di tiga negeri melibatkan Kelantan, Terengganu dan Perak bertambah buruk berikutan hujan berterusan sekali gus mencatat pertambahan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada awal pagi tadi mengeluarkan amaran cuaca tahap bahaya dengan hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh Terengganu dan beberapa kawasan di Kelantan bermula hari ini hingga Selasa.
Hujan lebat berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang dalam tempoh sama manakala amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan melibatkan Perlis, Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak serta Johor.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,320 orang daripada 975 keluarga petang ini berbanding 1,584 orang daripada 490 keluarga pagi tadi, melibatkan 32 PPS di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Jeli.
Menurut laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my/, empat sungai utama melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai dengan bacaan 35.37 meter (m), Sungai Lanas dekat Jeli (29.74m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (25.21m) dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (9.64m).
Di TERENGGANU, jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan di PPS meningkat mendadak kepada 1,866 orang daripada 512 keluarga berbanding 47 orang daripada 13 keluarga pagi tadi.
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), 38 PPS dibuka di enam daerah iaitu satu di Kuala Terengganu, Dungun (dua), masing-masing lima di Setiu dan Kemaman, Hulu Terengganu (12) dan Besut (13) setakat ini.
Seramai 13 orang daripada tiga keluarga terlibat di Kuala Terengganu, Setiu (196 orang daripada 67 keluarga), Dungun (19 orang daripada empat keluarga), Kemaman (459 orang daripada 107 keluarga), Besut (718 orang daripada 188 keluarga) dan Hulu Terengganu (461 orang daripada 143 keluarga).
Keadaan cuaca dilaporkan hujan di beberapa kawasan dengan kadang kala hujan lebat sejak pagi tadi.
Semalam, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam kenyataan memberi amaran mengenai beberapa kawasan di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman yang dijangka dilanda banjir mulai hari ini berdasarkan simulasi model ramalan banjir JPS.
Di PERAK, seramai 47 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Tiang Darat, setakat 2 petang ini.
Ditemui di PPS SK Sungai Tiang Darat, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sembilan lokasi pam di daerah ini akan dibina dan dipasang segera seperti dicadangkan Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah sebagai langkah penyelesaian masalah banjir di Bagan Datuk.
Seorang mangsa banjir yang enggan dikenali sewaktu ditemui di PPS tersebut berkata beliau berharap dapat pulang ke rumah selepas terpaksa bermalam di situ bersama anak-anaknya sejak beberapa hari lepas selain berharap masalah banjir termenung dapat diatasi segera.
Sementara itu, di JOHOR, jumlah mangsa banjir di Segamat kekal 75 orang daripada 21 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu Balai Raya Kampung Batu Badak menempatkan 34 orang, Balai Raya Kampung Kuala Paya (27 orang) dan Dewan Komuniti Kampung Tasek (14 orang).
JPBN memaklumkan kesemua mangsa adalah penduduk dari Kampung Seberang Batu Badak, Kampung Batu 5 dan Kampung Kuala Paya.
Menurut JPBN, Sungai Muar (Buloh Kasap) di Segamat berada pada paras amaran dengan ketinggian 8.91m manakala cuaca dilaporkan mendung di beberapa daerah termasuk Pontian, Segamat dan Batu Pahat, sementara Johor Bahru dan Kota Tinggi hujan pada petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 18 2022
Anggota Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) menyelamatkan beberapa mangsa banjir berikutan hujan lebat berterusan ketika tinjauan di Kampung Kepah hari ini. - Gambar/ Bernama
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.