awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Yahoo tambah sokongan AI melalui ciri Yahoo Scout pada enjin carian
Polis Korea Selatan jalankan penggeledahan di Coupang, lapor Yonhap
Tesla bakal labur AS$2 bilion dalam xAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Bomba bantu bawa jenazah ke kubur

Bernama
Bernama
09/01/2021
15:00 MYT
Banjir: Bomba bantu bawa jenazah ke kubur
Mohd Nadzri berkata pihak bomba tiba sekitar 12 tengah hari dan urusan pengebumian bapa saudaranya selesai selepas Zohor. - BERNAMA
KUANTAN:Pasukan Bomba dan Penyelamat hari ini bertindak di luar kebiasaan dalam membantu operasi banjir dengan membawa jenazah seorang warga emas ke Tanah Perkuburan Kampung Desa Baru Purun untuk urusan pengebumian.
Jenazah Majid Abu Bakar, 84, diuruskan kakitangan Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh selepas anak saudaranya Mohd Nadzri Mat Amin, 39, menghubungi Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) daerah bagi mendapatkan bantuan.
Allahyarham meninggal dunia di rumahnya malam tadi kerana sakit tua.
Bercakap kepada Bernama, Mohd Nadzri berkata kampung mereka dinaiki air sejak Isnin lepas dan bimbang bot fiber yang digunakan penduduk untuk menyeberangi banjir terlalu kecil dan tidak seimbang bagi membawa jenazah.
"Semasa sedang menguruskan jenazah, bomba menghubungi saya memaklumkan mereka akan menunggu di lokasi banjir untuk membawa jenazah ke masjid sebelum ke tanah perkuburan," katanya.
Mohd Nadzri berkata pihak bomba tiba sekitar 12 tengah hari dan urusan pengebumian bapa saudaranya selesai selepas Zohor.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Syed Moshen T Ismail berkata laluan ke tanah perkuburan itu dinaiki air sedalam empat meter sepanjang kira-kira satu kilometer.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#meninggal dunia
#bomba
#jenazah
#operasi
#warga emas
#banjir pahang
#bawa jenazah
#kubur
#sampan
#bot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan