awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Bagan Serai pulih sepenuhnya, semua mangsa di PPS dibenarkan pulang

Bernama
Bernama
19/09/2022
09:32 MYT
Banjir di Bagan Serai pulih sepenuhnya, semua mangsa di PPS dibenarkan pulang
PPS itu ditutup selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan banjir di kawasan mereka telah surut. - Facebook APM Kerian
IPOH: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Dewan Gunung Semanggol yang dibuka tengah hari semalam bagi menempatkan 12 mangsa banjir daripada tiga keluarga di Kampung Tengah Bukit Semanggol dekat Bagan Serai, ditutup sepenuhnya petang ini.
Pengerusi Bencana Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri berkata, PPS itu ditutup pada pukul 1 petang tadi selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan banjir di kawasan kediaman mereka telah surut sepenuhnya.
"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang terlibat termasuk badan bukan kerajaan (NGO) serta individu, dan semua pihak yang bertungkus-lumus terlibat menyelaras selia PPS dengan terbaik sepanjang ia beroperasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hujan lebat selama beberapa jam awal pagi semalam menyebabkan kawasan Kampung Tengah Bukit Semanggol di Bagan Serai dilanda banjir kilat dan terpaksa dipindahkan ke PPS yang mula dibuka pada pukul 12 tengah hari.
Paras air dikatakan naik setinggi kurang semeter pada kira-kira pukul tiga pagi semalam mengakibatkan tiga keluarga terlibat terpaksa ditempatkan di PPS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#PPS
#bukit semanggol
#kerian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan