awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah perkuburan Islam baharu keperluan mendesak di Gombak - Amirudin
Sanusi minta hidupkan kembali semangat Muafakat Nasional menjelang PRU16
[KOLUMNIS] Melangkaui ranking konvensional: Membina universiti berjiwa sebagai tunjang peradaban
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Gua Musang, 393 dipindahkan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
17/12/2021
06:27 MYT
Banjir di Gua Musang, 393 dipindahkan
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebanyak enam jalan perhubungan turut terjejas apabila ditenggelami air sungai selepas berlaku hujan berterusan. - Foto Astro AWANI
GUA MUSANG: Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kampung yang terletak berhampiran sungai di daerah Gua Musang, Kelantan mengalami banjir hari ini.
Seramai 393 orang daripada 68 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Felda Chiku 7 dan Kampung Limau Kasturi di sini setakat pukul 12 tengah hari ini.
Tinjauan di Kampung Limau Kasturi mendapati penduduk kampung memaklumkan kawasan penempatan mereka dinaiki air Sungai Galas secara mengejut bermula pukul 4.30 pagi ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebanyak enam jalan perhubungan turut terjejas apabila ditenggelami air sungai selepas berlaku hujan berterusan.
Katanya, antara jalan berkenaan termasuklah di Kampung Kerinting, Kampung Jeram Tekoh, Kampung Chalil, Paloh 2, Felda Chiku 7 dan jambatan Sungai Cindai.
Tambahnya, setakat ini kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Chiku 7 dan SK Limau Kasturi 1.
Topic Berkaitan
#banjir Gua Musang
#pusat pemindahan
#PPS
#Felda Chiku
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan