awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Johor surut sepenuhnya, dua PPS terakhir di Batu Pahat ditutup

Bernama
Bernama
26/03/2023
05:45 MYT
Banjir di Johor surut sepenuhnya, dua PPS terakhir di Batu Pahat ditutup
Dua PPS yang ditutup ialah Dewan Orang Ramai Yong Peng dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Medan. - Gambar hiasan
BATU PAHAT: Banjir di negeri ini surut sepenuhnya dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di daerah ini ditutup pada 12 tengah hari.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata dua PPS berkenaan ialah Dewan Orang Ramai Yong Peng yang menempatkan 79 orang daripada 22 keluarga dan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Medan membabitkan 62 mangsa daripada 15 keluarga.
Penduduk yang terjejas itu mula pulang ke kediaman masing-masing berikutan 'banjir termenung' sebelum ini surut sepenuhnya.
Setakat ini, Sungai Bekok di Empangan Bekok berada di paras amaran iaitu 18.92 meter (m) manakala dua sungai berada pada paras waspada iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah (5.07m) dan Sungai Sembrong di Empangan Sembrong (10.66m).
Dalam pada itu, kesemua daerah di negeri ini dijangka cerah tengah hari ini.
Hampir sebulan banjir melanda Johor sejak 28 Feb lepas sehingga menjejaskan lebih 85,000 penduduk di 10 daerah serta disifatkan sebagai banjir terburuk, menyamai bencana yang sama pada tahun 2006.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir johor
#Batu Pahat
#banjir pulih
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan