awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, tiada lagi mangsa dan semua PPS ditutup

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
28/12/2022
07:48 MYT
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, tiada lagi mangsa dan semua PPS ditutup
Kumpulan terakhir mangsa banjir yang berada di PPS Pusat Tarbiah Pohon Buloh, Pasir Mas meninggalkan PPS setelah banjir di rumah masing-masing dilapor surut - Astro AWANI
PASIR MAS: Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya apabila tiada lagi mangsa dan semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup pada Rabu.
PPS Pusat Tarbiah Pohon Buloh, Pasir Mas menjadi PPS terakhir yang beroperasi apabila 17 mangsa daripada lima keluarga pada pagi Rabu mula beransur pulang ke rumah masing-masing bagi proses pembersihan.
Kebanyakan mangsa ini menetap di Kampung Kubang Pak Hitam yang dakwa mereka terjejas teruk disebabkan kawasan tanah rendah dan ia mula dinaiki air pada 18 Disember lalu.
Menurut salah seorang mangsa, Sakinah Yaacob, dia sudah menetap di PPS berkenaan selama 10 hari apabila rumahnya dinaiki air bah setinggi tiga meter.
“Rumah saya naik air lebih tiga meter. Kampung kami ini antara kawasan pertama dinaiki air dan paling akhir nak surut.
“Kawasan kami tanah rendah, air senang naik, jadi tahun ini saja dah tiga kali sudah banjir,” jelasnya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Wardianita Mamat (kiri) dan Sakinah Yaacob (kanan) berasa lega apabila air banjir di rumah mereka surut dan kini pulang untuk proses pembersihan - Astro AWANI
Wardianita Mamat (kiri) dan Sakinah Yaacob (kanan) berasa lega apabila air banjir di rumah mereka surut dan kini pulang untuk proses pembersihan - Astro AWANI
Seorang lagi mangsa, Wardianita Mamat, mengucapkan penghargaan tidak terhingga kepada agensi kerajaan begitu juga NGO terlibat dalam misi banjir kali ini.
Usaha mereka ini sedikit sebanyak kurangkan beban yang ditanggung.
“Saya nak ucap terima kasih kepada semua petugas terlibat. Semua urusan kami di PPS berjalan lancar, sangat selesa. Terima kasih jaga kami.
“Selepas ini kami kena fikirkan pula mengenai proses pembersihan, banyak jugalah kami rugi, tapi apa boleh buat, sudah takdir kena banjir,” jelasnya.
Bagi mangsa banjir, mereka mengharapkan, agar kerajaan dapat menyelesaikan isu itu dengan segera.
Ini bagi memastikan mereka tidak menanggung beban dan impak kewangan pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kelantan
#PPS
#mangsa pulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan