awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Perak semakin pulih, hanya 84 mangsa di tiga PPS

Bernama
Bernama
18/11/2023
13:38 MYT
Banjir di Perak semakin pulih, hanya 84 mangsa di tiga PPS
Situasi banjir di Perak menunjukkan perkembangan positif apabila hanya 84 orang daripada 24 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS). - Gambar hiasan
IPOH: Situasi banjir di Perak menunjukkan perkembangan positif apabila hanya 84 orang daripada 24 keluarga masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Kerian dan Kinta malam ini berbanding 102 orang daripada 29 keluarga pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkanPPS Dewan Serbaguna Pasang Tembak ditutup sepenuhnya pada 1 tengah hari selepas 18 mangsa yang berada di situ dibenarkan pulang.
"Di Kerian, jumlah mangsa banjir masih kekal iaitu PPS SK Changkat Lobak menempatkan 18 orang daripada tiga keluarga dan PPS SK Alor Pongsu dengan 57 orang daripada 19 keluarga.
"Di daerah Kinta juga jumlah mangsa turut kekal dengan sembilan orang daripada dua keluarga berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Taman Meru 2A," menurut kenyataan itu.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan cuaca di daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar berada di paras waspada manakala hujan dijangka berterusan hingga 20 Nov ini.
Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan bahawa Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras amaran dengan merekodkan bacaan 3.27 meter.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan bahawa di Kerian, laluan FT 147 Jalan Selama ditutup kepada semua kenderaan selepas kawasan itu dinaiki air dan orang ramai diarah menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.
Di Batang Padang, laluan FT 1152 Felda Trolak Selatan dibuka satu lorong hanya kepada kenderaan ringan kerana pembaikan jalan utama perlu dilakukan segera berikutan keadaan bahu jalan yang runtuh.
"Laluan di FT 001 Jalan Ipoh-Tanjung Malim hanya dibuka satu lorong kepada semua kenderaan kerana Pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dibuat di lokasi akibat tanah runtuh," menurut JKR.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#Perak
#mangsa banjir
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan