awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
PPP kini diiktiraf parti komponen BN - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup

Bernama
Bernama
17/01/2026
13:53 MYT
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang masih beroperasi, iaitu PPS Balai Raya Sebauh, Bintulu ditutup pada 4 petang tadi. - Gambar fail/Sinar Harian
KUCHING: Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir yang masih beroperasi, iaitu PPS Balai Raya Sebauh, Bintulu ditutup pada 4 petang tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua 24 mangsa daripada 15 keluarga yang ditempatkan di PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas keadaan banjir menunjukkan pemulihan sepenuhnya dan selamat didiami.
Penutupan PPS terakhir itu menandakan semua PPS yang dibuka susulan bencana banjir di negeri berkenaan ditutup secara berperingkat selepas paras air surut dan cuaca bertambah baik.
Menurut JPBN Sarawak, mangsa banjir di PPS Balai Raya Sebauh yang beroperasi sejak 9 Jan lepas dilaporkan berasal dari beberapa kawasan di Bintulu antaranya Taman Tedeum, Kampung Hilir Sebauh, Kampung Hulu Sebauh dan Kampung Pandan.
Banjir di Sarawak dilaporkan bermula sejak 31 Dis lepas susulan hujan lebat berterusan, menyebabkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya Kuching dinaiki air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Sarawak
#pulih sepenuhnya
#PPS ditutup
#PPS Balai Raya Sebauh Bintulu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan