KUALA LUMPUR:Ketika negara bergelut mengekang penularan kes baharu pandemik COVID-19 yang ketika ini mencecah empat angka, mangsa banjir di Sabah dan Sarawak dilihat semakin meningkat.
Jika semalam Sabah menjadi negeri baharu dilanda bencana itu, hari ini Sarawak dilaporkan menjadi negeri terbaharu berikutan hujan lebat sejak Isnin lepas.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk dan waspada, dengan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di Sarawak, sehingga esok.
Sementara itu, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu turut meningkat mendadak kepada 358 orang petang tadi berbanding 32 orang pagi tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di empat PPS iaitu di Dewan Rekreasi Bimajaya, Dewan Serbaguna Taman Malihah, Rumah Kedai Batu Kawa dan Dewan Serbaguna Kampung Batu 1.
Manakala di SABAH, mangsa banjir dilaporkan meningkat kepada 1,054 orang yang ditempatkan di lapan PPS iaitu di Kota Marudu, Pitas dan Beaufort.
Negeri-negeri lain seperti Johor, Pahang dan Kelantan menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa berkurangan dan setakat hari ini tiada hujan diramal berlaku.
Bagaimanapun, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang timur laut berkelajuan melebihi 60 km/jam dengan ombak melebihi 4.5 meter di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak yang boleh menyebabkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai di kawasan terbabit.
Dalam perkembangan lain, situasi bencana ini terus mendapat perhatian pemimpin negara yang meluangkan masa menyantuni mangsa dan menyampaikan sumbangan.
Laman media sosial rasmi Istana Negara melaporkan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni mangsa banjir di beberapa buah kampung dalam Daerah Temerloh, Pahang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut berangkat, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah serta Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Di Sabah, mangsa banjir dilaporkan meningkat kepada 1,054 orang yang ditempatkan di lapan PPS iaitu di Kota Marudu, Pitas dan Beaufort. - BERNAMA

AWANI Ringkas: PERMAI | RM150 Juta lagi diperuntukkan untuk GKP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Bayaran BPN 2.0 ambil masa seminggu dikreditkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Cabar pengisytiharan darurat? Itu gembar-gembur politik sahaja - Anwar Ibrahim
"Dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pengisytiharan darurat adalah gembar-gembur politik sahaja," kata Anwar.

Darurat punca kadar pelaburan asing jatuh - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa alasan berdepan cabaran pandemik COVID-19 sebagai punca pengaliran masuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) merosot sehingga 68 peratus tidak boleh digunapakai.

Cabar perisytiharan darurat? Itu politik sahaja - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa permohonan di Mahkamah Tinggi itu adalah bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung peranan Perdana Menteri dalam pengisytiharan darurat dan penggantungan parlimen.

Kerajaan perlu akui FDI negara teruk, COVID-19 bukan alasan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan kerajaan perlu lebih telus dan belajar menerima kenyataan.

Kerajaan perlu akui pelaburan negara semakin teruk
Ketua Pembangkang , Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan kerajaan perlu lebih telus dan belajar menerima kenyataan selepas melihat ekonomi negara semakin parah.
![[INFOGRAFIK] Laporan LAKSANA ke-38 [INFOGRAFIK] Laporan LAKSANA ke-38](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887455/8967789641611756208061_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Laporan LAKSANA ke-38
Berikut merupakan laporan Laksana ke-38 oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

AWANI Ringkas: 150,000 bantuan komputer riba diagih Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pemuda UMNO tidak sebelahi mana-mana kem - Asyraf Wajdi
UMNO akan memastikan parti politik utama di Malaysia itu tidak berpecah, kata ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Cabar pengisytiharan darurat? Itu gembar-gembur politik sahaja - Anwar Ibrahim
"Dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pengisytiharan darurat adalah gembar-gembur politik sahaja," kata Anwar.

Tun Mahathir mahu saya letak jawatan kerana tentangan orang Melayu - Tommy Thomas
Pendedahan dibuat Tommy Thomas dalam buku terbaharunya, My Story: Justice in the Wilderness.

Gapenas buat laporan polis kenyataan Anwar yang didakwa menghasut
Gapenas membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara berikutan kenyataan menghasut yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook, baru-baru ini.

Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Peguam Ramkarpal Singh memaklumkan bahawa permohonan bagi memulakan semakan kehakiman berhubung deklarasi darurat difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin

Usah politikkan Proklamasi Darurat - Ismail Sabri
Proklamasi itu bagi memudah cara dan memperkasa segala tindakan kerajaan dalam mengawal penularan virus.

Anwar akan failkan afidavit bantah keputusan gantung Parlimen
Menurutnya, ada hujah dalam Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Parlimen tetap bersidang walaupun dalam tempoh darurat.

Tumpu kepada rakyat, bukan tukar kerajaan - Penganalisis
Sekarang bukanlah masa sesuai untuk menukar kerajaan atau mewujudkan caretaker government kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir.

Hadi sifatkan berbalah pasal jawatan PM ketika COVID-19 kerja mengarut
Perbalahan itu hanya mengganggu usaha membantu rakyat yang terkesan oleh penularan pandemik tersebut, justeru harus dihentikan.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen tolak darurat
Anwar mendakwa seramai 114 atau 115 ahli Parlimen menyatakan bantahan mereka terhadap darurat yang diusulkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kalau tanya sekarang, jumlah mencukupi - Anwar
Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.