awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Taman Sri Muda semakin pulih, air mulai surut

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
22/12/2021
00:50 MYT
Banjir di Taman Sri Muda semakin pulih, air mulai surut
Keadaan banjir di Taman Sri Muda dilihat beransur pulih apabila paras air semakin turun. -Astro AWANI
SHAH ALAM: Keadaan banjir di Taman Sri Muda, antara kawasan yang terjejas teruk, dilihat beransur pulih apabila paras air semakin surut pagi ini.
Difahamkan paras air yang sebelum ini berada sehingga bumbung rumah surut ke paras pinggang sejak tengah malam tadi.
Paras air semasa direkodkan di antara lutut dan pinggang orang dewasa.
Tinjauan kru Astro AWANI yang tiba kira-kira pukul 6.30 pagi mendapati lokasi banjir masih lagi gelap dengan bekalan elektrik terputus.
Pun begitu, liputan internet dan talian telekomunikasi lebih baik berbanding hari-hari sebelum ini.
Setakat pukul 8 pagi, kelihatan beberapa ahli keluarga mangsa yang terperangkap berkumpul di sekitar kawasan banjir.
Turut kelihatan beberapa penduduk luar yang melalui kawasan terbabit untuk 'singgah' melihat situasi banjir.
Semalam sahaja 370 orang dibawa keluar dari Taman Sri Muda, menjadikan jumlah penduduk yang diselamatkan di kawasan itu mencecah 3,552 mangsa.
Setakat pukul 6.30 pagi ini, 12 lagi mangsa melibatkan tiga keluarga dibawa keluar selepas pasukan penyelamat menerima panggilan kecemasan daripada ahli keluarga mangsa.
Sebanyak 431 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa sejak Jumaat lalu.
Banjir di Taman Sri Muda dilihat beransur pulih apabila paras air semakin turun. Difahamkan paras air semasa direkodkan antara lutut dan pinggang. @501Awani #BanjirSelangor pic.twitter.com/baE5gUOT0g
— Umavathi Ramayah (@UmavathiRamayah) December 22, 2021
Topic Berkaitan
#banjir
#taman sri muda
#Kementerian Kesihatan
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan