awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS

Bernama
Bernama
29/12/2024
07:15 MYT
Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan dan Pahang selama dua hari bermula hari ini susulan amaran hujan berterusan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan dan Pahang selama dua hari bermula hari ini susulan amaran hujan berterusan.

Ringkasan AI
  • Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di Kelantan dan Pahang selama dua hari bermula hari ini susulan amaran hujan berterusan.
  • Di Kelantan, 10 daripada 11 jajahan dijangka terlibat, termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli, dan Gua Musang.
  • Di Pahang, lima daerah dijangka terlibat, iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut, dan Maran.

Menerusi ramalan awal banjir yang dikeluarkan pada 2 petang ini, JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.
Sementara itu, banjir yang diramal melanda Pahang pula melibatkan lima daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut dan Maran.
"JPS akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan sungai itu.
"Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari tarikh yang dijangkakan. Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk, terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta peka dengan arahan pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dan amaran semasa melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my dan laman Facebook PublicinfoBanjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Kelantan
#Pahang
#amaran hujan berterusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan