awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Dua daerah di Terengganu masih terjejas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
20/12/2021
01:51 MYT
Banjir: Dua daerah di Terengganu masih terjejas
Beberapa jalan di daerah Kemaman dan Dungun terpaksa ditutup selepas dinaiki air sungai. - Astro AWANI
KEMAMAN: Dua daerah di Terengganu masih lagi terjejas dan menyebabkan seramai 288 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).
Kesemua mangsa daripada 68 keluarga itu ditempatkan di tujuh PPS di daerah Kemaman dan Dungun.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasan Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, seramai 145 mangsa daripada 38 keluarga ditempatkan ke dua PPS di Dungun.
Ia menunjukkan sedikit penurunan berbanding petang semalam yang merekodkan seramai 158 mangsa daripada 41 keluarga di tiga PPS.
Penurunan itu susulan penutupan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Minda malam tadi apabila seramai 13 mangsa daripada tiga keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Seramai 74 mangsa membabitkan 17 keluarga masih ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja.
Keadaan jalan di Kemaman yang dinaiki air banjir. - Astro AWANI
Keadaan jalan di Kemaman yang dinaiki air banjir. - Astro AWANI
Jumlah mangsa di Dewan Serbaguna Kampung Shukor juga kekal apabila 71 mangsa daripada 21 keluarga masih ditempatkan di PPS berkenaan.
Sementara itu, lima PPS di Kemamam masih dibuka bagi menempatkan 143 mangsa daripada 30 keluarga.
Lima PPS berkenaan adalah PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor, Dewan Sivik Air Putih, Surau Kampung Ban Ho, Masjid Tebak Batu 16 dan Balai Raya Lubuk Megat.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan