awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Dua jalan di Mersing ditutup untuk semua kenderaan

Bernama
Bernama
05/01/2024
03:00 MYT
Banjir: Dua jalan di Mersing ditutup untuk semua kenderaan
Orang ramai disaran supaya mematuhi nasihat pihak berkuasa termasuk berkaitan penutupan jalan bagi mengelak insiden tidak diingini seperti dihanyutkan arus. - Foto BERNAMA
MERSING: Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Tenggaroh Timur-Tanjung Leman, di sini ditutup untuk semua kenderaan susulan dinaiki air banjir setinggi 0.15 meter.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata bagaimanapun pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif untuk ke Kampung Orang Asli Peta dengan melalui Ladang Mutiara-Paloh.
"Polis menyeru orang ramai supaya mematuhi nasihat pihak berkuasa termasuk berkaitan penutupan jalan bagi mengelak insiden tidak diingini seperti dihanyutkan arus.
"Selain itu, boleh dapatkan maklumat terkini dengan menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana daerah atau pun Polis Diraja Malaysia, " katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Azmi Rohani memaklumkan di Kota Tinggi, Jalan Sri Perani hanya dibuka satu lorong bagi kenderaan ringan berikutan dinaiki air hingga 0.3 meter.
"Jalan Kimlong yang dinaiki air hingga paras 0.2 meter pula tidak digalakkan untuk dilalui oleh motosikal kerana arus deras dan hanya satu laluan dibuka, " katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata setakat 8 pagi ini, sebanyak 1,484 orang daripada 385 keluarga direkodkan terjejas banjir melibatkan daerah Kota Tinggi, Kluang, Johor Bahru dan Mersing dengan 13 pusat pemindahan sementara dibuka sejak semalam.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#banjir
#jalan ditutup
#Abdul Razak Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan