awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok

Sinar Harian
Sinar Harian
01/01/2024
08:05 MYT
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Sk Temai masih ditenggelami air banjir sedalam 0.8 meter. - Gambar/ Sinar Harian
PEKAN: Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh Hinai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Temai kerana masih dinaiki banjir sejak beberapa hari lalu.
Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata, ia membabitkan seramai 365 pelajar bagi SMK Paloh Hinai terdiri daripada Tingkatan Satu hingga Tiga manakala SK Temai pula seramai 128 murid.
Menurutnya, disebabkan sesi pembelajaran bersemuka tidak dapat dilaksanakan, keadah PdPR ini dijalankan bagi mengelakkan mereka tercicir dari sudut pembelajaran.
"Keputusan itu dibuat kerana atas faktor keselamatan murid di sekolah tersebut.
"Malah, saya meminta murid-murid belajar di rumah melalui PdPR kerana tidak mahu mereka ketinggalan dalam pelajaran," katanya pada Isnin.
Beliau berkata, setakat ini, paras air di SK Temai pada kedalaman 0.8 meter (m).
Jelasnya, sekolah berkenaan terletak di kawasan rendah berhampiran Sungai Pahang dan disebabkan itu pemantauan masih dilakukan.
Tambahnya, sekiranya air kembali surut sesi pembelajaran di sekolah seperti biasa akan dilaksanakan semula.
"Kalau ikutkan Trend air menurun perlahan dan kini kita anggarkan kedalaman 0.8 m berbanding semalam sekitar semeter. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir pahang
#sekolah tutup
#PdPR
#banjir Pekan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan