awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Empat tan bekalan makanan dihantar ke kawasan terputus hubungan di Kluang

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
05/03/2023
14:58 MYT
Banjir: Empat tan bekalan makanan dihantar ke kawasan terputus hubungan di Kluang
Penghantaran secara berfasa itu bemula hari Jumaat lalu dengan menggunakan khidmat Pasukan Gerakan Udara (PGU) di Subang, Selangor. - Foto ihsan polis
KLUANG: Sebanyak 4,000 kilogram bekalan makanan telah dihantar kepada penduduk kampung dan ladang yang terputus hubungan akibat banjir di daerah Kluang.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, penghantaran secara berfasa itu bemula hari Jumaat lalu dengan menggunakan khidmat Pasukan Gerakan Udara (PGU) di Subang, Selangor.
Katanya, baki lagi 1,940 kilogram akan dihantar esok (Isnin) bergantung kepada keadaan atau cuaca.
"Bekalan bantuan makanan ini meliputi penempatan bagi lima perkampungan Orang Asli dan enam ladang kelapa sawit.
"Makanan yang dibekalkan mampu menampung bekalan sehingga tempoh lima hingga tujuh hari bergantung kepada jumlah keluarga," katanya selepas penghantaran bekalan makanan ke Ladang Zamrud dan Ladang Jawi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kahang hari ini.
Menurut Bahrin, bagi fasa seterusnya, kawasan penempatan yang dihantar bekalan makanan meliputi Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Pucur, Berasau, Air Pasir, dan Kuala Sengka.
"Ladang kelapa sawit yang akan dibekalkan dengan bantuan makanan pada fasa seterusnya ialah Ladang Bukit Cantek, Zamrud, Jawi, IOI, Risda, dan Mutiara," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#banjir Kluang
#bekalan makanan
#kawasan terputus hubungan
#pasukan gerakan udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan