awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: JAWI saran masjid, surau adakan solat hajat malam ini

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
19/12/2021
09:48 MYT
Banjir: JAWI saran masjid, surau adakan solat hajat malam ini
Ia bagi memohon perlindungan Allah SWT dan kesejahteraan untuk seluruh negara dalam mendepani musibah banjir yang sedang melanda.
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid dan surau selain surau Jumaat di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk menganjurkan solat hajat dan bacaan doa selamat malam ini selepas solat Maghrib.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ia bagi memohon perlindungan Allah SWT dan kesejahteraan untuk seluruh negara dalam mendepani musibah banjir yang sedang melanda.
“Selain itu, masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan juga telah digerakkan bagi menghulurkan bantuan dan keperluan bersesuaian bagi golongan yang terkesan termasuk kesediaan menjadi pusat penempatan sementara mangsa banjir,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Tambahnya, Program Dapur It'am yang berkonsepkan soup kitchen di 70 buah masjid dan surau di Kuala Lumpur turut menumpukan aktiviti agihan makanan bermasak kepada golongan terjejas dan para petugas banjir serta sumbangan JAWI Food Bank.
“Kami mendoakan agar dikurniakan keselamatan, kemudahan dan ketabahan kepada semua saudara kami yang diuji dengan musibah,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#JAWI
#Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
#masjid
#surau
#solat hajat
#Allah SWT
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan