KOTA TINGGI:Sudahlah sarat mengandung, seorang ibu muda terpaksa memandu selama dua jam setengah untuk mencari pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumahnya di Taman Kota Jaya, dekat sini, dinaiki air, awal pagi Sabtu lepas.
Meskipun keletihan, Fazila Hamdan, 29, tidak putus semangat, malah terus cekal memandu setelah satu demi satu PPS yang dikunjunginya bersama tiga anak perempuanya berusia antara tiga dan tujuh tahun, sudah penuh dengan mangsa banjir.
"Saya terpaksa memandu kereta bawa anak-anak. Mereka tidur kerana keletihan menolong mengangkat barang untuk diletakkan dalam sebuah lagi kereta dipandu suami.
"Dua PPS di Taman Daiman penuh, saya terpaksa berpatah balik ke Taman Kota Jaya. Di sini, dua PPS juga dimaklumkan penuh sehinggalah saya telefon semula Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan beritahu mereka saya sarat mengandung. Akhirnya kami dapat tempat di PPS Kolej Vokasional Kota Tinggi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di PPS itu, di sini, hari ini.
Fazila, yang kini mengandung enam bulan berkata, setelah rumahnya di Taman Kota Jaya dinaiki air, beliau dan suami bersama tiga anaknya keluar menyelamatkan diri dan berhasrat berlindung di PPS, pada kira-kira 1.30 pagi.
Beliau menaiki kereta bersama tiga anak perempuan manakala suaminya, Shahabuddin Sakiman, 34, memandu sebuah lagi kereta yang dimuatkan dengan dokumen peribadi dan perkakasan rumah.
"(Masuk) sini (PPS) dalam pukul 5 pagi lebih, baru dapat masuk anak-anak. Semua (anak) dah tidur keletihan," tambahnya.
Bagaimanapun, Fazila amat bersyukur kerana wanita mengandung sepertinya diberi keutamaan seperti peluang mendapatkan rawatan kecil dan kaunseling oleh jururawat yang bertugas di PPS.
Selain itu, kemudahan asas yang disediakan di PPS juga lengkap seperti tandas yang bersih, ruang khemah yang selesa dan diberi makan mengikut jadual.
Tanpa menyalahkan mana-mana pihak berikutan sukar mendapatkan tempat di PPS, suri rumah itu berkata pada hari pertama kejadian, paras air naik dengan cepat di Kota Tinggi menyebabkan banyak rumah terjejas.
Yang pasti, beliau tetap bersyukur apabila ramai mangsa banjir terdiri daripada bayi, kanak-kanak dan warga emas, tetap diberi keutamaan dalam penempatan di PPS.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021
Sudahlah sarat mengandung, seorang ibu muda terpaksa memandu selama dua jam setengah untuk mencari pusat pemindahan sementara (PPS). - Gambar fail/BERNAMA
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Banjir Johor: Ibu sarat mengandung pandu lebih dua jam cari PPS
Sudahlah sarat mengandung, seorang ibu muda terpaksa memandu selama dua jam setengah untuk mencari pusat pemindahan sementara (PPS) apabila rumahnya di Taman Kota Jaya, dekat sini, dinaiki air.