JOHOR BAHRU: Bilangan mangsa banjir di Johor terus meningkat dengan seramai 1,703 mangsa daripada 469 keluarga ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa daerah terjejas.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Azmi Rohani, dua PPS baharu dibuka di Segamat dan Kluang sehingga jam 8 malam ini.
Katanya Segamat kekal menjadi daerah teruk terjejas dengan lapan PPS dibuka yang menempatkan 1,229 mangsa daripada 345 keluarga.
"Terdapat enam PPS di Kluang yang menempatkan 300 mangsa daripada 84 keluarga, manakala di Kota Tinggi, dua PPS dibuka menempatkan 174 mangsa daripada 40 keluarga," katanya.
Dalam pada itu Azmi memaklumkan, tiga jalan utama di Johor membabitkan tiga daerah yang dilanda banjir iaitu Segamat, Mersing dan Kota Tinggi terputus hubungan dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.
Katanya jalan yang dinaiki air ialah Jalan Ladang Siang J223 di Kota Tinggi; Jalan Senai - Gemas FT001 di Segamat; dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung J516 di Segamat.
"Ketiga-tiga jalan ini ditenggelami banjir dan tidak boleh dilalui oleh sebarang kenderaan termasuk kenderaan berat.
"Di Mersing pula, jalan terputus hubungan membabitkan jalan Jalan Utama Johor Bahru-Endau FT003 yang dibuka satu lorong sahaja.
"Manakala Jalan Jemaluang -Batu Pahat FT050 hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja, dan ditutup kepada kenderaan ringan," katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Jan 24 2023

Jalan yang dinaiki air ialah Jalan Ladang Siang J223 di Kota Tinggi; Jalan Senai - Gemas FT001 di Segamat; dan Jalan Jabi-Bukit Tempurung J516 di Segamat. - Gambar/ JKR

Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.

THT pertaruh tiga import hadapi MHL
Mereka adalah Choi Hoil, Yoo Seung Ho dan Jang Jonghyun, bintang hoki Korea Selatan yang berpengalaman beraksi di pentas Olimpik.

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Banjir Johor: Jangkaan mangsa meningkat, 4 lagi PPS akan dibuka di Mersing
Empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS) akan dibuka di Mersing, bagi menampung jumlah mangsa yang dijangka meningkat pada minggu hadapan.

Johor beri bantuan RM300 kepada keluarga terjejas banjir
Setiap keluarga yang terjejas banjir di Johor akan menerima bantuan RM300 daripada kerajaan negeri supaya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka.

Banjir Johor: Helikopter hantar empat tan makanan bantu mangsa banjir di Kahang
Empat tan bekalan makanan dihantar menerusi dua penerbangan menggunakan helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kahang.

Banjir Johor: Jumlah mangsa terus meningkat, 5,528 berlindung di 58 PPS
Situasi banjir di Johor menunjukkan peningkatan dengan 5,528 mangsa banjir daripada 1,536 keluarga yang ditempatkan di 58 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tujuh daerah.

Konvoi motosikal berkuasa tinggi hampir dihanyutkan banjir
Sekumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi dari Singapura berdepan detik cemas apabila beberapa motosikal yang dinaiki hampir dihanyutkan banjir di Jalan Nitar, Mersing.

Banjir Johor: Pontian daerah baharu terjejas
Banjir di Johor semakin memburuk dengan 5,462 mangsa daripada 1,218 keluarga ditempatkan di 48 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tujuh daerah, setakat jam 7 malam.

Mangsa banjir di Johor meningkat lebih 4,000 orang, 45 PPS dibuka
Trend peningkatan itu berlaku susulan hujan berterusan di kebanyakan kawasan di negeri ini.

Mangsa banjir Johor hampir 4,000, Muar daerah baharu terjejas
Mangsa banjir di Johor terus menunjukkan peningkatan dengan Muar menjadi daerah baharu dilanda banjir.

Jalan Kulai-Kota Tinggi ditutup akibat tanah runtuh
Jalan Kulai-Kota Tinggi menghala ke Felda Ulu Tebrau ditutup sementara kepada semua kenderaan susulan berlaku kejadian tanah runtuh.

Banjir Johor: 3,612 mangsa di 35 PPS, Batu Pahat daerah terbaharu terjejas
PPS baru dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Parit Haji Kamisan, Batu Pahat, menempatkan 121 mangsa banjir daripada 30 keluarga.