KUALA LUMPUR : Kerajaan Negeri Johor digesa mengambil sikap proaktif dan bersiap sedia dari awal bagi menghadapi banjir kilat yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya mencadangkan agar peruntukan khas ditambah untuk bencana banjir kilat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ini jelasnya bagi membantu urusan penyelenggaraan parti dan longkang serta inisiatif tebatan banjir.
Pada masa sama, beliau mencadangkan agar Jawatankuasa Khas Menangani Krisis Iklim dan Bencana Banjir ditubuhkan.
"Jawatankuasa khas ini perlu ditubuhkan untuk mengkaji langkah terbaik kerajaan negeri dalam berhadapan dengan krisis iklim.
"Ahli pakar dalam bidang alam sekitar, kumpulan sains dan panel yang berpengalaman luas dalam perancangan bandar perlu dilantik menganggotai jawatankuasa ini.
"Situasi banjir kilat ini bukan sahaja berlaku di kawasan Johor Bahru.
"Kawasan sekitar termasuklah Puteri Wangsa, Kempas dan Pasir Gudang juga sering kali dilanda banjir kilat yang telah mengakibatkan kerosakan harta benda dan urusan harian penduduk tergendala," jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau menggesa kerajaan negeri mengambil serius perkara ini agar bencana banjir kilat tidak lagi menjadi tragedi yang berlaku setiap dua hingga tiga minggu.
BACA: Hujan lebat tahap merah, air pasang besar punca banjir kilat di Johor Bahru
BACA: Banjir kilat: Warga JB sifatkan kejadian terburuk dalam tempoh 10 tahun
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian banjir kilat semalam di beberapa kawasan di Johor Bahru yang disifatkan antara yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 10 tahun.
Hujan lebat selama dua jam sejak 12.30 tengah hari itu menyebabkan beberapa jalan utama di bandar raya ini dinaiki air dengan lebih 500 kenderaan terjejas.
Astro Awani
Wed Aug 03 2022
Hujan lebat selama dua jam sejak 12.30 tengah hari itu menyebabkan beberapa jalan utama di bandar raya ini dinaiki air. -Foto Astro AWANI
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Trump lantik bekas Duta AS ke Jerman Grenell sebagai utusan khas
Richard Grenell akan bekerja di beberapa kawasan 'panas' di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.