KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan masih kekal, manakala di Melaka mencatatkan penurunan pagi ini.
Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana JKM melaporkan jumlah mangsa di negeri itu setakat pagi ini masih kekal 2,281 individu daripada 563 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) banjir.
Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Rasau di Tugu Keris, Klang mencatatkan bacaan di paras amaran iaitu pada ketinggian 3.61 meter setakat 7 pagi dan kini dalam trend menurun.
Polis Selangor memaklumkan lima jalan di negeri itu masih ditutup setakat 4 pagi tadi untuk laluan kenderaan iaitu melibatkan jalan di Jambatan FT 31 Dengkil-Banting; Jalan Kampung Kalong Tengah, Ulu Yam Baru dan Jalan Genting Peras-Kuala Klawang.
BACA: Banjir: Lima jalan masih ditutup di Selangor
Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu kekal kepada 29 individu daripada sembilan keluarga berada di sebuah PPS di Jelebu setakat pagi ini.
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri melaporkan sejumlah 5,987 mangsa banjir masih berada di 42 PPS di lima daerah pada pagi ini.
Daerah terlibat ialah Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan.
Jabatan Meteorologi pula meramalkan cuaca hujan di semua daerah terbabit pada pagi ini.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir kekal 31 orang daripada lima keluarga melibatkan satu PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di Pasir Mas, setakat 7 pagi ini.
Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.
Manakala di MELAKA, jumlah mangsa banjir merekodkan penurunan kepada 16 orang daripada empat keluarga setakat 8 pagi tadi berbanding 26 orang daripada lapan keluarga pada 8 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa terlibat ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Benteng di Jasin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 30 2021
Kanak-kanak memberanikan diri meredah air banjir yang mulai surut di Kampung Baru Pulau Keladi, Pekan. - Foto BERNAMA
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).