awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Jumlah mangsa di Sabah dan Sarawak meningkat sedikit, Johor kekal

Bernama
Bernama
06/01/2026
12:54 MYT
Banjir: Jumlah mangsa di Sabah dan Sarawak meningkat sedikit, Johor kekal
Di Sabah, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan kepada 1,418 orang daripada 498 keluarga petant ini, berbanding 1,399 orang daripada 488 keluarga pagi tadi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah dan Sarawak terus meningkat manakala di Johor kekal setakat 4 petang ini, dengan keseluruhan mangsa ditempatkan di PPS di ketiga-tiga negeri sebanyak 1,777 orang.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan kepada 1,418 orang daripada 498 keluarga petant ini, berbanding 1,399 orang daripada 488 keluarga pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan peningkatan itu akibat pertambahan mangsa banjir di Tenom dan Beaufort.
Beaufort merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 595 orang daripada 198 keluarga, meningkat sedikit berbanding 587 mangsa pagi tadi, dengan dua lagi PPS baharu dibuka iaitu di Masjid Darul Ikhlas, Kampung Batandok Lubak dan Dewan Sri Dayang Shahbandar.
Di Tenom, mangsa banjir meningkat kepada 563 orang berbanding 535 orang sebelum ini susulan pembukaan PPS baharu di Sekolah Kebangsaan Saga, menjadikan keseluruhan lima PPS beroperasi di daerah itu.
Bagaimanapun, situasi banjir di Kota Belud menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa berkurang kepada 260 orang berbanding 277 orang pagi tadi berikutan penutupan PPS Dewan Kampung Lentigi pada 2.30 petang.
Di SARAWAK pula, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu melaporkan 332 mangsa daripada 109 keluarga masih berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri setakat 4 petang tadi.
Kesemua mangsa merupakan penduduk dari Kampung Kawang, Kampung Jenggalas, Kampung Rambai, Kampung Pintasan, Kampung Masjid, Kampung Kuala Lajung, Kampung Majelin dan Kampung Kelapa, Bekenu.
Sementara itu, di JOHOR Pengerusi JPBN Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata jumlah mangsa banjir kekal 27 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu Lima, Segamat, yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak sejak 28 Dis lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#mangsa banjir
#meningkat
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan