KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat manakala Kelantan terus mencatatkan penurunan pagi ini.
Di TERENGGANU, jumlah penduduk dipindahkan terus meningkat kepada 17,742 orang daripada 4,557 keluarga setakat 8 pagi berbanding 14,393 orang daripada 3,744 keluarga malam tadi.
Peningkatan itu berikutan pemindahan penduduk di kampung-kampung terletak berhampiran muara sungai berikutan fenomena air pasang besar yang berlaku malam tadi terutama di daerah Kemaman.
Ketika ini terdapat 141 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu 26 di Besut, Dungun (29), Kemaman (27), Hulu Terengganu dan Setiu masing-masing 21, Kuala Terengganu (sembilan), Kuala Nerus (tujuh) dan Marang (satu).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah tertinggi mangsa di PPS ialah di Kemaman iaitu seramai 8,027 orang, diikuti Hulu Terengganu (3,700), Dungun (2,988), Besut (908), Setiu (848), Kuala Terengganu (728), Kuala Nerus (538) dan Marang (lima).
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan kebanyakan sungai semakin surut dengan ketika ini hanya Sungai Kemaman di Kemaman dan Sungai Dungun di Dungun masih melebihi paras bahaya.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus menunjukkan penurunan apabila seramai 7,625 orang daripada 2,483 keluarga berada di PPS setakat 8 pagi berbanding 8,054 orang daripada 2,600 keluarga malam tadi.
Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan sebanyak 46 PPS dibuka melibatkan 21 di Pasir Mas, Tanah Merah (sembilan), Kuala Krai (tujuh), Pasir Puteh (enam), Machang (dua) dan Jeli (satu).
Sementara itu, portal rasmi info banjir JPS menerusi laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan dua sungai utama di negeri itu berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan 23.10 meter manakala Sungai Kelantan di Temangan, Machang mencatat 16.99 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Penduduk menaiki bot untuk melihat keadaan paras air di rumah yang ditenggelami banjir ekoran hujan lebat berterusan semasa tinjauan di Kampung Ayer Puteh, Kemaman, 28 Feb 2022. --fotoBERNAMA
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam ini manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pelajar ILP bantu mangsa banjir baiki peralatan elektrik
Inisiatif itu bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir yang rugi ribuan ringgit selepas pelbagai barangan rumah ditenggelami air.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Kerajaan Kelantan zahir terima kasih kepada semua pihak terlibat bantu mangsa banjir
Rata-rata mereka yang datang membantu terdiri daripada agensi kerajaan, NGO, pempengaruh dan tokoh usahawan yang memberi bantuan dalam pelbagai aspek.
Lebih 1,000 pelajar UiTM di Kelantan, Terengganu dan Johor terjejas banjir
Seramai 1,083 pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) termasuk Kelantan, Terengganu dan Johor terkesan akibat banjir pada penghujung Nov lepas.
Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, mangsa di Johor berkurang
Keadaan di Kelantan pulih sepenuhnya petang tadi manakala jumlah mangsa ditempatkan di PPS di empat negeri iaitu Johor, Perak, Melaka dan Negeri Sembilan tidak jauh berubah.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun, Perak meningkat, Melaka kekal
Jumlah mangsa di Kedah yang kesemuanya dari daerah Kota Setar, menurun kepada 243 orang daripada 60 keluarga setakat 8 pagi ini.