awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Kelantan zahir terima kasih kepada semua pihak terlibat bantu mangsa banjir

Bernama
Bernama
10/12/2024
09:31 MYT
Kerajaan Kelantan zahir terima kasih kepada semua pihak terlibat bantu mangsa banjir
MOHAMED FADZLI: Ia satu perkara besar bagi kami rakyat Kelantan dan tidak dapat balas jasa ini, semoga Allah menerima amalan mereka. - Bernama
TUMPAT: Kerajaan Kelantan menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang sudi tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa banjir di negeri ini, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
Mohamed Fadzli menyatakan rata-rata mereka yang datang membantu terdiri daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pempengaruh dan tokoh usahawan yang memberi bantuan dalam pelbagai aspek seperti bekalan makanan, sumber tenaga dan kemudahan pengangkutan.
"Ia satu perkara besar bagi kami rakyat Kelantan dan tidak dapat balas jasa ini, semoga Allah menerima amalan mereka. Saya mewakili kerajaan negeri memohon maaf sekiranya ada kelemahan dan kesilapan yang dilakukan oleh pihak kami," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penerimaan dan Pengagihan Bantuan daripada Yayasan Ekonomi Kewangan Antarabangsa di Masjid Ismaili Pasir Pekan di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Presiden Yayasan Ekonomi Kewangan Antarabangsa Aida Lim Abdullah.
Mengulas lanjut, ketika ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak yang mengatakan bahawa penghulu kampung menyorok bantuan yang diberikan, Mohamed Fadzli menyangkal dakwaan berkenaan selain menjelaskan ia perlu dibahagikan secara adil.
Sementara itu, Aida berkata pihaknya memperuntukkan hampir RM300,000 untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Kelantan membabitkan keperluan makanan kering sebanyak 1,000 pek, tilam (500 unit) dan bantal (hampir 1,000 biji).
"Selain di Kelantan, kita juga telah menyalurkan bantuan ke Kedah dan esok akan ke Terengganu pula untuk menyalurkan bantuan ini kepada mangsa banjir," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Kelantan
#penghargaan
#bantuan kemanusiaan
#mangsa banjir
#NGO
#pempengaruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan