awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kampung Bukit Semanggol dinaiki air, mangsa terjejas dipindah ke PPS

Aida Aziz
Aida Aziz
18/09/2022
09:27 MYT
Banjir: Kampung Bukit Semanggol dinaiki air, mangsa terjejas dipindah ke PPS
Semua mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Semanggol yang mula dibuka pada jam 12 tengah hari. - Gambar/ APM
BAGAN SERAI: Seramai 12 individu daripada tiga keluarga di Kampung Bukit Semanggol, di sini, terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kampung itu dilanda banjir, hari ini.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian dalam satu kenyataan berkata, mereka ditempatkan di PPS Dewan Semanggol yang mula dibuka pada jam 12 tengah hari.
"Kawasan yang terjejas banjir ialah Kampung Bukit Semanggol dengan membabitkan tiga keluarga dan setakat ini satu PPS sudah dibuka.
"Mangsa banjir merangkumi tiga lelaki dewasa, wanita (tiga), kanak-kanak lelaki (empat) dan kanak-kanak perempuan (dua)," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, seramai 16 petugas daripada pelbagai agensi termasuk APM, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Pejabat Daerah dan Tanah, telah berada di kawasan berkenaan untuk memantau keadaan.
Sementara itu, Pegawai Daerah Kerian merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Mohd Sabli Bakri berkata, penyelarasan serta tindakan segera diambil bagi memastikan bantuan kecemasan dihulurkan kepada mangsa yang terjejas.
Topic Berkaitan
#banjir Perak
#bukit semanggol
#PPS
#APM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan