MENTAKAB: Beberapa perkampungan di Mentakab masih ditenggelami air sehingga menenggelami bumbung rumah penduduk.
Tinjauan Astro AWANI mendapati kawasan yang dinaiki air melibatkan beberapa buah perkampungan antaranya Kampung Gajah Mati, Kampung Sungai Buloh, Kampung Baru Kapor dan sebahagian rumah di Taman Sempalik Indah yang menempatkan lebih 1,000 penduduk.
Mengimbas kejadian luruan air dari Sungai Semantan itu salah seorang penduduk Mohd Hairul Anwar yang berkata, keseluruhan masyarakat kampung bersyukur kerana sikap tolong menolong antara satu sama lain memindahkan penduduk menggunakan bot ke pusat pemindahan sementara (PPS) mengurangkan risiko kemalangan jiwa.
Menurut Hairul, semua penduduk telah berpindah ke PPS ketika air mula naik pada Ahad lalu.
Bagaimanapun, katanya, ada juga segelintir penduduk yang tidak berpindah kerana menyangka air tidak akan naik ke kawasan mereka.
“Secara umumnya kami yang tinggal di kawasan tebing sungai sudah menjangka banjir setiap tahun tetapi kali ini air naik dengan cepat dan lebih tinggi dari sebelumnya.
“Disebabkan keadaan kami yang lebih bersedia inilah ada penduduk yang beli set generator, bot dan jaket keselamatan lebih awal.
“Ada 30 buah rumah di Kampung Gajah Mati ini yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini kerana (kedudukan) di kawasan tinggi tetapi kali ini tinggal 15 sahaja yang masih selamat,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui.
Sekalipun diuji dengan bencana itu, penduduk di Kampung Gajah Mati bagaimanapun, bersyukur kerana,masih punyai akses kepada bantuan seperti makanan dan kelengkapan lain.
Namun begitu, katanya, talian komunikasi tersekat.
Sementara itu, seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Anuar berkata, dia dan ahli keluarganya terpisah seketika berikutan keadaan kelam kabut sewaktu air mula naik.
“Saya ingat air tak naik tinggi macam ini dan buat keputusan untuk naik ke kawasan lebih tinggi (Kampung Gajah Mati) tetapi (rupanya) lebih tinggi dari banjir ketika awal tahun sebelum ini.
“Isteri dan anak-anak saya waktu itu di luar jadi mereka tak boleh masuk dan terus tinggal di PPS.
“Saya sudah lima hari tak dapat jumpa tapi dapat telefon sekejap-sekejap sebab line (talian) tak kuat di sini,” katanya.
Hakim Rahman
Wed Dec 22 2021

Beberapa perkampungan di Mentakab masih ditenggelami air sehingga menenggelami bumbung rumah penduduk.

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Ban pecah: 30 rumah di Mukim Sungai Durian terjejas
Dua kampung yang terjejas ialah Kampung Sungai Durian dan Kampung Selat Masjid.

Banjir: 43 mangsa dipindahkan ke PPS
Mereka yang ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 17 lelaki dewasa dan sembilan wanita, manakala kanak-kanak lelaki (8 orang) dan kanak-kanak perempuan (2 orang).

Banjir pulih, PPS di Kedah dan Negeri Sembilan ditutup
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu dua di Negeri Sembilan dan satu di Kedah yang menempatkan 138 mangsa banjir daripada 48 keluarga ditutup sepenuhnya hari ini.

Tiga negeri dilanda banjir, satu PPS dibuka
Hujan lebat berterusan sejak tengah hari menyebabkan beberapa lokasi di tiga negeri dinaiki air, namun hanya sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini.

KASA ambil tindakan segera tangani masalah banjir di Janda Baik
Beberapa pelan jangka pendek dan panjang akan diambil bagi mengatasi masalah banjir dari berulang di kawasan berkenaan.

PBT, kementerian berkaitan digesa bersama-sama ambil langkah atasi banjir - Mansor
PBT dan kementerian berkaitan digesa ambil langkah jangka pendek dan panjang bagi menangani isu banjir yang berlaku di negeri masing-masing.

Segerakan kerja membersih, dalamkan sungai di Janda Baik- Tengku Hassanal
Kerajaan Pahang dan KASA dititah supaya menyegerakan pelaksanaan kerja-kerja membersih dan mendalamkan sungai yang menjadi punca banjir kilat di sekitar Janda Baik.

Jejambat Jalan Langgak Golf di ibu negara dibuka sepenuhnya esok
Ia diyakini mampu mengurangkan aliran trafik yang menggunakan laluan Jalan Tun Razak menuju ke arah Bulatan Kampung Pandan.

Kerja kecemasan bencana banjir tambahan di Janda Baik siap dalam tiga bulan
Kerja-kerja kecemasan bencana banjir tambahan di Janda Baik, Bentong dengan anggaran kos RM1 juta, dijangka bermula pada minggu hadapan dan siap dalam tempoh tiga bulan.

Jangan jual rumah YASA, biar berkekalan turun-temurun - YDP Agong
Baginda bertitah agar rumah tersebut dijaga supaya kekal menjadi hak milik keluarga turun-temurun.