HULU TERENGGANU: Sehelai kanvas yang hanyut di bawa arus banjir dan melekat pada lori Angkatan Pertahanan Awam (APM) dipercayai menyebabkan kenderaan dipandu anggota APM Kpl (PA) Mat Hasdi Mat Yusof itu terbalik berhampiran Sungai Kampung Lebak, Ahad lepas.
Mat Hasdi, 39, berkata dalam kejadian pada 2.15 petang itu, beliau bersama 13 anggota APM dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil Maliaman Kassim sedang melalui Jalan Sekayu dan paras air ketika itu boleh dilalui oleh lori yang membawa muatan bantuan makanan tersebut.
"Tiba-tiba saya berasa seperti ada hentaman sebanyak dua kali dari arah kiri lori yang mengakibatkan lori ke kanan dan terkeluar sedikit daripada jalan raya lalu terbalik.
"Selepas selesai proses menyelamat semua anggota dan ADUN Ajil (Maliaman) serta banjir surut, saya kembali ke lori dan melihat ada kanvas yang melekat di bawah lori," katanya kepada Bernama.
Mengulas lanjut, Mat Hasdi berkata beliau amat yakin bahawa hentaman yang kuat ke arah kenderaannya itu adalah kanvas berkenaan yang hanyut di bawa arus deras sehingga mengganggu pemanduannya.
"Saya bersyukur semuanya selamat dan saya juga telah mengambil semua langkah yang tepat apabila berlaku kecemasan seperti itu," katanya.
Sementara itu, pemandu bot APM Hulu Terengganu Lt (PA) Zakli Ahmad menasihati semua mangsa banjir yang diselamatkan supaya mendengar arahan pegawai bertugas bagi mengelak insiden bot terbalik.
Pada Sabtu lepas, bot yang dikendalikan Zakli terbalik semasa membawa mangsa banjir menuju ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh di sini kerana keengganan segelintir mangsa untuk mendengar arahan.
BACA: Banjir: ADUN Ajil cemas lori bantuan dinaiki terbalik
"Ada seorang wanita menggunakan payung semasa duduk di dalam bot sekali gus mengganggu penglihatan saya untuk mengendalikan bot. Mereka juga tidak mengendahkan susunan kedudukan di dalam bot yang menyebabkan bot tidak seimbang hingga kami terbalik," katanya.
Dalam insiden sekitar 11 pagi itu, kesemua lima mangsa tidak mengalami kecederaan dan berjaya diselamatkan sebelum dihantar ke PPS terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
Sehelai kanvas yang hanyut di bawa arus banjir dan melekat pada lori APM dipercayai menyebabkan kenderaan itu terbalik, Ahad lepas. - Gambar fail/BERNAMA
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.