awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: 107 mangsa masih berlindung di PPS

Bernama
Bernama
09/10/2025
01:40 MYT
Banjir Kedah: 107 mangsa masih berlindung di PPS
Paras air di Sungai Janing, Padang Terap mencatat bacaan 26.21 meter (m), melebihi paras amaran 26m, manakala Sungai Pendang, Pendang merekodkan bacaan 2.34m, melebihi paras waspada 2.3m. - Foto fail/APM
ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus berkurangan susulan keadaan yang semakin pulih, dengan hanya 107 orang daripada 32 keluarga masih berlindung setakat pagi ini.
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, semua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar di sini, yang dibuka sejak Ahad lepas.
"Mangsa melibatkan penduduk Kampung Alor Raja, Makam Diraja, Limbong, Alor Setol, Pondok Haji Ahmad, Pokok Asam, Tanjung Inggeris, Alor Besar, Pagar Air dan Pondok Syeikh di Mukim Langgar/Limbong," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, paras air di Sungai Janing, Padang Terap mencatat bacaan 26.21 meter (m), melebihi paras amaran 26m, manakala Sungai Pendang, Pendang merekodkan bacaan 2.34m, melebihi paras waspada 2.3m.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#semakin pulih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan