Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Piala ASEAN FIFA: PM Anwar seru rakyat beri sokongan padu kepada Harimau Malaya

https://x.com/anwaribrahim/status/2102743552753328484/photo/1
Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Perdana Menteri berharap pasukan negara membawa pulang kejayaan buat Malaysia. - Foto X Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat memberikan sokongan padu kepada Harimau Malaya yang akan memulakan kempen Piala ASEAN FIFA 2026 menentang Bangladesh, Jumaat ini.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Anwar berharap pasukan negara membawa pulang kejayaan buat Malaysia.

"Insya-Allah, Harimau Malaya akan memulakan kempen menentang Bangladesh pada Jumaat ini, sebelum berdepan dua negara tetangga, Indonesia dan Singapura. 

"Ayuh kita berikan sokongan padu kepada pasukan negara," ujar Anwar.

Jelas Anwar, kejohanan sulung FIFA ASEAN Cup 2026 akan membuka tirai esok di Indonesia dan Hong Kong.

Anwar turut mengimbau pengumumannya ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur tahun lalu, tatkala Malaysia mempengerusikan ASEAN.

"Ketika itu, saya menyaksikan pemeteraian kerjasama antara FIFA dan ASEAN yang membuka jalan kepada penganjuran kejohanan ini," kata Anwar dalam hantaran sama.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah Indonesia, Bangladesh dan Singapura bagi saingan Divisyen 1 kejohanan sulung itu yang berlangsung di Jakarta dan Bandung, Indonesia dari 25 September hingga 5 Oktober ini.

Skuad kendalian ketua jurualatih interim Tan Cheng Hoe akan memulakan kempen menentang Bangladesh di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Jumaat ini sebelum berdepan Indonesia di venue sama Isnin depan.

 

Must Watch Video

Advertisement