awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah guna PLS warga asing sedikit meningkat - Saifuddin Nasution
Tibi: Tiada arahan penutupan sekolah di Kota Tinggi - Exco
Perhimpunan GARAH: 'Kritik boleh, tetapi ganggu keselamatan akan dikenakan tindakan' - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: Bilangan mangsa meningkat, 596 orang dipindahkan ke 7 PPS

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/11/2024
01:40 MYT
Banjir Kedah: Bilangan mangsa meningkat, 596 orang dipindahkan ke 7 PPS
Anggota pasukan keselamatan membantu memindahkan seorang mangsa banjir selepas kediamannya dimasuki air. - Gambar ihsan APM
ALOR SETAR: Bilangan mangsa banjir di Kedah mencatat peningkatan apabila seramai 596 orang mangsa daripada 197 keluarga terpaksa berteduh di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, dua daerah terjejas iaitu Kubang Pasu dan Sik selepas hujan tanpa henti selama tiga hari.
“Setakat jam 8 pagi tadi seramai 535 mangsa di Kubang Pasu dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, SMK Binjai, Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Batu 8, SK Sultan Ahmad Tajuddin, SK Malau dan Dewan PPK Lubuk Batu.
“Manakala di Sik seramai 34 mangsa berada di SK Kota Aur, yang mula dipindahkan malam tadi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Zulkhairi Mat Tanjil berkata, anggota bomba terpaksa memujuk mangsa untuk berpindah selepas paras air Sungai Kota Aur melimpah.
“Saya bersama 16 anggota tiba di lokasi dan mendapati kawasan kampung berkenaan dinaiki air setinggi satu meter dan tepaksa memujuk tujuh keluarga untuk berpindah.
“Operasi pemindahan mangsa berjaya dan mangsa kini ditempatkan di SK Kota Aur,” kata beliau.
Topic Berkaitan
#banjir kedah
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#Kubang Pasu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan