awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli pengakap berperanan jadi ejen keamanan
Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian
Liga Super: Badrul Afzan ikrar terus gilap bidang kejurulatihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: Hanya Baling masih terjejas

Bernama
Bernama
01/10/2021
20:00 MYT
Banjir Kedah: Hanya Baling masih terjejas
Hanya daerah Baling masih terjejas banjir di Kedah dengan seramai 352 orang ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS). -Bernama
ALOR SETAR: Hanya daerah Baling masih terjejas banjir di Kedah dengan seramai 352 orang daripada 121 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS), malam tadi.
Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Saifuddin Abdullah menerusi kenyataan berkata setakat 8 malam, kesemua PPS yang masih aktif di daerah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera yang menempatkan tiga mangsa, SK Siong (28), SK Bandar (9), SK Tanjung Pari (23), SK Bayu (25) manakala SK Titi Gantung dan Dewan Banggol Derom masing-masing menempatkan 44 mangsa.
Beliau berkata PPS Maktab Mahmud Baling pula masih menempatkan 31 orang mangsa, SK Malau (17), SK Parit Panjang (19), PPS Kampung Padang Kupang (32), SK Mohd Ariff Abdullah (39), SK Tembak A (30) dan SK Jemerli (8).
Katanya pada pagi semalam, seramai 380 orang daripada 131 keluarga ditempatkan di 17 PPS di tiga daerah iaitu Sik, Baling dan Kulim, namun, tiga PPS iaitu SK Gulau dan SK Sik di Sik serta PPS SK Merbau Pulas di Kulim ditutup pada 12 tengah hari dan 7 malam tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baling
#banjir
#Kedah
#pusat pemindahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan