awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
MEF sokong pengambilan terus pekerja asing, kurangkan kos dan eksploitasi
KKR laksana 99 projek baik pulih cerun libat kos RM77.3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: Jalan Gunung Keriang ditutup untuk semua kenderaan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
21/09/2024
02:40 MYT
Banjir Kedah: Jalan Gunung Keriang ditutup untuk semua kenderaan
Jalan Gunung Keriang, Alor Setar, ditutup hari ini berikutan air sungai berhampiran melimpah ke atas jalan. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Jalan Gunung Keriang, Anak Bukit, di sini, ditutup hari ini berikutan air sungai berhampiran melimpah ke atas jalan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, penutupan jalan itu dilakukan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Beliau berkata, penutupan Jalan Gunung Keriang Sungai Baru yang membabitkan jarak sejauh lebih kurang 1.5 kilometer itu bermula dari hadapan Petronas Bandar Anak Bukit sehingga ke persimpangan tiga Masjid Hidayatus Solihin Sungai Baru Gunung.
"Papan tanda penutupan jalan sudah pun diletakkan di kedua-dua arah.
"Semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif lain melalui Jalan Suka Menanti dan Jalan Sungai Baru sekiranya mahu menuju ke pusat bandar mahupun ke arah Gunung Keriang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Siti Nor Salawati berkata, penutupan jalan dan lencongan ini dilakukan selagi mana paras air dilihat berbahaya kepada semua jenis kenderaan.
Beliau berkata, sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di talian 04-7326999.
Topic Berkaitan
#banjir kedah
#Jalan Gunung Keriang ditutup
#laluan alternatif
#Jalan Suka Menanti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan