KUALA LUMPUR: Pokok Sena menjadi daerah terbaharu yang dinaiki air di Kedah dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, menempatkan 75 mangsa daripada 21 keluarga.
Ini menjadikan mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 341 orang berbanding 268 orang pagi tadi.
Ketua Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi Angkatan Pertahanan Awam Negeri Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata, cuaca di Kedah secara keseluruhannya baik setakat tengah hari, namun masih terdapat beberapa kawasan yang masih dinaiki air.
Beliau memaklumkan sebanyak lima buah PPS kini beroperasi di tiga daerah, termasuk Kota Setar dan Kubang Pasu.
"Cuaca baik setakat tengah hari tetapi kita mendapati kawasan sekitar Kota Setar terutama kawasan berdekatan Sungai Anak Bukit mengalami kenaikan air dan melepasi paras bahaya.
"Ada juga beberapa kawasan di Pokok Sena yang masih mengalami kenaikan air. Perubahan paras air berlaku dengan dinamik dan boleh terjadi bila-bila masa saja," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Tambahnya, APM Kedah dengan kekuatan 603 anggota sentiasa dalam keadaan bersiap sedia untuk digerakkan jika keadaan bertambah buruk.
Beliau juga menasihatkan orang ramai agar menjauhi kawasan-kawasan berdekatan sungai yang berisiko dinaiki air dengan pantas.
Astro Awani
Wed Sep 27 2023

APM Kedah dengan kekuatan 603 anggota dalam keadaan bersiap sedia untuk digerakkan jika keadaan bertambah buruk. - Gambar/ APM
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.
Tiada persetujuan Israel-Hamas mengenai jeda kemanusiaan
White House menyatakan ketiadaan potensi perjanjian jeda kemanusiaan antara Israel dan Hamas dalam masa terdekat, sementara kumpulan tujuh negara terus mendesak bantuan.

Polis siasat kemungkinan Zayn Rayyan mati dijerut
Bedah siasat yang dijalankan selama lima jam itu mendapati memang ada kesan cedera pada bahagian leher mangsa dan beberapa bahagian tubuh lain.

Zayn Rayyan maut dicekik, ada pergelutan dengan pembunuh
Hasil bedah siasat mendapati mangsa berumur enam tahun itu bergelut dengan pembunuhnya.

Angka kematian akibat banjir El Nino di Kenya cecah 160 orang
Jumlah kematian banjir yang tercetus akibat El Nino di Kenya meningkat kepada 160 orang, dengan 529,120 orang daripada 105,824 isi rumah kehilangan tempat tinggal.

Penerbangan Malaysia Airlines ke, dari Chennai dibatalkan hari ini
Malaysia Airlines mengumumkan penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Chennai, India telah dibatalkan kerana Lapangan Terbang Chennai (MAA) ditutup akibat banjir.

Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas kekal 6,009 pagi ini
Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal dengan 6,009 orang daripada 1,952 keluarga masih berlindung di 13 PPS.

Taufan Michaung menghampiri, India tutup sekolah dan pejabat
Taufan Siklon Michaun membawa angin berkelajuan 90 hingga 100 kilometer sejam dijangka mendarat di pantai negeri Andhra Pradesh.

4,530 mangsa banjir di Kelantan, 12 PPS masih dibuka
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 4,530 orang daripada 1,462 keluarga setakat 8 pagi ini.

Johor minta bantuan BBKA, BPR untuk mangsa banjir diteruskan selagi RTB belum selesai
Onn Hafiz Ghazi berkata kerajaan negeri telah dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) mengenai bantuan BBKA dan BPR tidak lagi diteruskan.

Mangsa banjir di Kelantan meningkat, lebih 2,000 berlindung di 14 PPS
Kesemua mangsa kini berlindung di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Bachok dan Tanah Merah.

KPM ikut garis panduan jika calon SPM terjejas banjir - Fadhlina
KPM telah melakukan persediaan bagi memastikan pelajar tidak terkesan akibat banjir, sekali gus peperiksaan berjalan dengan lancar bermula Selasa ini.

1,741 mangsa banjir di Kelantan berlindung di 12 PPS
Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat mendadak kepada 1,741 orang daripada 556 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 655 orang daripada 207 keluarga pada sebelah pagi.

Banjir kilat di Sumatera Utara: 12 masih hilang, 50 keluarga dipindahkan
Banjir kilat melanda kampung Simangulampe, mukim Baktiraja pada Jumaat menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang hilang dan seorang cedera parah.