FOLKESTONE: Ratusan tetamu terpaksa dipindahkan selepas kebakaran besar melanda Grand Burstin Hotel di kawasan pelabuhan Folkestone, Kent, awal pagi Sabtu.
Setakat ini, kira-kira 280 orang telah dipindahkan ke pusat kebajikan sementara yang diaktifkan oleh Majlis Daerah Folkestone dan Hythe di Three Hills Sports Park.
Sebanyak 26 jentera bomba termasuk kenderaan pelantar tinggi dikerahkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran yang dipercayai bermula di bahagian bawah tanah bangunan berkenaan.
MAJOR FIRE AT FOLKESTONE SEAFRONT HOTEL
A major fire has broken out at the iconic Grand Burstin Hotel on Folkestone seafront.
Around 200 people were evacuated after the blaze, believed to have started in the hotel’s basement.
Fire crews remain at the scene tackling hotspots.…— The Nationalist GB (@TheNatGB) September 19, 2026
Pihak berkuasa mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.
Kent Fire and Rescue Service berkata anggota yang menggunakan alat pernafasan khas telah berusaha mengawal api daripada merebak dan kini menjalankan operasi penyejukan bagi memadamkan baki bara.
Pihak berkuasa tempatan turut menasihatkan penduduk berhampiran supaya menutup pintu dan tingkap bagi mengurangkan kesan asap tebal serta mengelakkan kawasan hotel tersebut.
Setakat laporan ini ditulis, beberapa laluan utama di sekitar kawasan pelabuhan masih ditutup oleh polis bagi membolehkan kenderaan kecemasan menjalankan operasi di lokasi.