awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kekurangan aset, terputus hubungan punca bantuan lambat tiba - TPM

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
20/12/2022
11:39 MYT
Banjir: Kekurangan aset, terputus hubungan punca bantuan lambat tiba - TPM
Ahmad Zahid beramah mesra bersama mangsa banjir semasa melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Rendah Kuala Besut Satu hari ini. - Foto BERNAMA
BESUT: Kekurangan aset dan terputus hubungan antara punca bekalan makanan lambat tiba di sesetengah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata banjir luar jangka yang berlaku di negeri-negeri Pantai Timur terutama di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan turut menyebabkan tercetusnya isu berkenaan.
Katanya bagi mengatasi permasalahan itu, antara tindakan yang dilakukan termasuk menggerakkan aset dan logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan yang terkesan dengan bencana alam itu.
“Kami telah meminta (bantuan) NGO kerana telah terdapat kekurangan makanan di PPS tertentu. Begitu juga kekurangan aset untuk logistik.
“Saya meminta Angkatan Tentera Malaysia yang mempunyai aset yang boleh dimobilisasikan kerana aset-aset itu berada di Lembah Klang manakala kawasan yang ditimpa banjir Terengganu, Kelantan dan Pahang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut di sini pada Selasa.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Tambah Ahmad Zahid, selain itu Jawatankuasa Bencana Pusat juga akan mengkoordinasikan bantuan-bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) yang telah diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya lagi, sekiranya keperluan mendesak, peruntukan tambahan akan diumumkan segera.
Dianggarkan seramai 66,718 mangsa banjir masih berlindung di PPS di lima negeri, dengan Terengganu dan Kelantan terus merekodkan peningkatan mangsa setakat 4 petang.
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#Zahid Hamidi
#banjir
#Besut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan