awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kelantan kongsi pengalaman urus bencana buruk 2014

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
24/12/2021
08:44 MYT
Banjir: Kelantan kongsi pengalaman urus bencana buruk 2014
Kerajaan Kelantan tumpang sedih dan simpati dengan bencana banjir yang melanda Pahang dan Selangor serta sedia hulur bantuan. - Gambar Astro AWANI
KOTA BHARU: Negeri Kelantan yang pernah berdepan banjir buruk atau dikenali sebagai bah kuning pada tahun 2014 berkongsi pengalaman dalam menguruskan bencana itu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, banjir 2014 itu telah menyebabkan seluruh negeri Kelantan lumpuh.
Namun, katanya, dengan kerjasama yang kukuh dan koordinasi yang baik daripada semua pihak, pemulihan pasca banjir dapat dilaksanakan.
“Kita teringat kepada apa yang berlaku pada 2014 yang pada ketika itu (banjir) datang secara tiba-tiba menyebabkan kita lumpuh peringkat awal, tapi dengan kerjasama kukuh dengan kombinasi baik kita dapat tangani walau bencana besar, hari ni kita lihat Pahang dan Selangor alami nasib sama macam kita dan kita simpati,” kata Ahmad.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: Jumlah mangsa turun di empat negeri, Negeri Sembilan meningkat
Kata beliau, rakyat Kelantan yang ketika itu terkejut dengan banjir besar dilihat bersedia dan mampu menangani bencana itu tanpa ada korban nyawa.
Bahkan, menurut Ahmad, rakyat Kelantan yang tinggal berhampiran sungai khususnya di Kuala Krai turut mempunyai perahu dan bot selain membuat rakit.
Dalam soal ini juga, katanya, rakyat Kelantan peka dengan maklumat cuaca dan akur apabila diminta berpindah ke tempat lebih selamat.
Selain itu, jelas Ahmad, kombinasi petugas keselamatan, badan bukan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dalam membantu menguruskan bencana di Kelantan pada waktu itu mencetuskan suasana muafakat dan kerjasama yang baik.
Dalam banjir 2014 di Kelantan, dianggarkan kemusnahan ribuan rumah, bangunan dan kenderaan rosak bernilai berbilion ringgit.
Topic Berkaitan
#banjir
#banjir kelantan
#Bah Kuning
#menteri besar kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan