awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Lebih 100 pelajar UMK terjejas dipindahkan

Bernama
Bernama
20/12/2022
09:37 MYT
Banjir Kelantan: Lebih 100 pelajar UMK terjejas dipindahkan
Seramai 95 pelajar luar kampus dari Pengkalan Chepa, 35 sekitar Kampus UMK Bachok dan seorang di Kampus UMK Jeli, telah dibantu oleh seramai 40 kakitangan UMK dan 60 pelajar sukarelawan. - Gambar/ FB UMK
KOTA BHARU: Seramai 131 pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah selamat dipindahkan selepas rumah sewa yang didiami mereka sekitar Pengkalan Chepa, Bachok dan Jeli, ditenggelami banjir sejak Ahad.
Pengarah Kanan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Prof Dr. Muhamad Saufi Che Rusuli berkata kesemua mereka, kini ditempatkan di Kolej Kediaman Pelajar Sri Kemumin di Padang Tembak, Kolej Kediaman UMK Kampus Bachok dan Kolej Kediaman UMK Kampus Jeli.
"Seramai 95 pelajar luar kampus dari Pengkalan Chepa, 35 sekitar Kampus UMK Bachok dan seorang di Kampus UMK Jeli, telah dibantu oleh seramai 40 kakitangan UMK dan 60 pelajar sukarelawan.
"UMK telah menyediakan penginapan sementara kepada pelajar yang terkesan banjir, manakala bantuan makanan kering iaitu roti dan air kotak turut dibekalkan selain keperluan asas kepada mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikuti semua perkembangan mengenai banjir DI SINI!
Beliau berkata bagi memastikan semua misi membabitkan mangsa banjir dalam kalangan warga UMK berjalan lancar, pihaknya memiliki sebuah bot kecil, dua buah pacuan empat roda, dua buah bas dan van.
"Misi membantu mangsa banjir telah diaktifkan yang mana pelajar terkesan boleh menghubungi talian kecemasan Banjir Pelajar Dalam dan Luar Kampus di 097712312," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Kelantan
#pelajar umk
#pindah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan