awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Mangsa ketiga ditemui

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
28/02/2022
08:13 MYT
Banjir Kelantan: Mangsa ketiga ditemui
Semalam, mangsa bersama seorang lagi rakannya melalui kawasan berhadapan dengan sebuah stesyen minyak di Rantau Panjang. - Gambar fail
RANTAU PANJANG: Seorang remaja lelaki yang dipercayai dihanyutkan arus deras di persimpangan lampu isyarat berdekatan Rantau Panjang tengahari semalam telah ditemui meninggal dunia akibat lemas.
Komander Operasi Bencana Banjir, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman memaklumkan mayat mangsa yang berusia 15 tahun itu ditemukan sekitar jam 3 petang Isnin.
Bagaimanapun, maklumat berhubung identiti mangsa masih belum diperolehi.
Mengulas lanjut, Azmi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan sekitar jam 11.44 pagi Ahad.
"Sampai di tempat kejadian komander operasi memulakan operasi dengan pencarian secara water surface. Keadaan air yang deras dan keruh telah menyukarkan pencarian secara water face, jelasnya, ketika ditemui di Pusat Operasi Bencana Banjir Kelantan di sini, hari ini.
Menurutnya, operasi disambung pada pagi Isnin dengan kekuatan tujuh orang pegawai dan anggota Penyelamatan di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.
Semalam, mangsa bersama seorang lagi rakannya melalui kawasan berhadapan dengan sebuah stesyen minyak di Rantau Panjang.
Setibanya di situ, mangsa dipecayai dihanyutkan arus deras namun rakannya berjaya diselamatkan.
Setakat Isnin, Kelantan mencatatkan dua korban akibat musibah banjir, masing-masing membabitkan seorang warga emas di Kuala Gris, Kuala Krai yang mayatnya ditemui semalam.
Satu lagi mangsa melibatkan seorang remaja berusia 13 tahun yang dipercayai dihanyutkan arus deras di sebuah tali air, di kampung Talang, Kadok. Mayat remaja itu ditemui pada malam Ahad.
Azmi turut memaklumkan situasi banjir yang melanda Rantau Panjang luar jangka dengan peningkatan air mendadak sehingga ramai penduduk di daerah berkenaan terkesan.
Topic Berkaitan
#banjir Rantau Panjang
#mangsa ketiga
#azmi osman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan