awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: 20 rumah terjejas, pembetung lombong pecah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/10/2021
09:37 MYT
Banjir kilat: 20 rumah terjejas, pembetung lombong pecah
Kejadian itu menyebabkan rumah-rumah berkenaan dinaiki air antara 0.3 meter hingga 0.6 meter. - JBPM
BIDOR: Hampir 20 buah rumah di Jalan Besar, Kampung Poh Tambahan, dekat Bidor, terjejas banjir kilat selepas pembetung lombong berdekatan rumah mereka pecah.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 pagi.
Katanya, kejadian itu menyebabkan rumah-rumah berkenaan dinaiki air antara 0.3 meter hingga 0.6 meter.
“Pasukan bomba yang tiba diarah membuat pemindahan sebuah keluarga yang terdiri daripada tujuh orang.
“Lain-lain keluarga pula, yang dianggarkan 70 orang telah berpindah sementara ke surau kampung berkenaan sehingga air surut,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, mereka telah kembali ke rumah masing-masing apabila air kembali normal.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Tarmizi tamat pada 3.30 petang.
Topic Berkaitan
#pembetung
#lombong
#banjir
#kampung poh tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan