awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat: 50 mangsa dipindahkan ke sebuah PPS di Hilir Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/10/2023
01:45 MYT
Banjir kilat: 50 mangsa dipindahkan ke sebuah PPS di Hilir Perak
Seramai 50 penduduk dari 16 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS di Teluk Intan selepas kediaman mereka dilanda banjir sejak petang semalam. - Gambar APM
TELUK INTAN: Seramai 50 penduduk dari 16 keluarga dipindahkan ke sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini, selepas kediaman mereka dilanda banjir sejak petang semalam.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Hilir Perak berkata, kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Changkat Jong, yang dibuka pada jam 7 malam tadi.
Menurutnya, kawasan yang terlibat ialah Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9 Simpang 3 dan Batu 10.
“Cuaca dalam keadaan baik dan jumlah mangsa dijangka bertambah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, keadaan turut diburukkan apabila pam Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Changkat Jong tidak berfungsi.
Bagaimanapun, kata jurucakap itu, setakat ini tiada jalan yang terputus hubungan.
Menurutnya, anggota dari pelbagai jabatan dan agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam, polis, bomba, Rela, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat penghulu masih membuat pemantauan.
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan