Pada sambutan Deepavali, ratusan rumah termasuk sebuah kampung berdekatan Kampung Melayu Air Itam, di sini dinaiki air selepas hujan lebat berterusan melanda Pulau Pinang sejak kira-kira 4 petang Sabtu.
Hujan lebat juga telah menyebabkan trafik sesak di sepanjang Jalan P.Ramlee, Jalan Paya Terubung, Jalan Thean Teik, Taman Lumba Kuda dan Jalan Masjid Negeri sekali gus menyebabkan beribu-ribu kenderaan terkandas di jalan raya.
Air pada paras lutut dilaporkan melanda di Jalan Thean Teik dan Jalan Masjid Negeri dan kereta tidak boleh melalui kawasan itu menyebabkan kawasan berkenaan terputus hubungan.
Tinjauan Bernama mendapati, Sungai Dondang dan Sungai Air Hitam telah melimpah melepasi tebing sungai dan menyebabkan banjir kilat.
Sementara itu, penduduk di Kampung Melayu dan di sepanjang Jalan Thean Teik melahirkan rasa terkejut dan menganggap banjir kilat ini sebagai banjir yang paling teruk pernah mereka alami.
V.Visvalinggam dan isterinya K.Vasanthi, yang sedang menyambut Deepavali berkata, mereka tidak pernah menyangka kejadian banjir kilat itu akan memuasnahkan sambutan perayaaan itu, kerana banjir kilat tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Hujan lebat berlaku dan mendapati paras air semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan. Sejak saya tinggal di sini kira-kira lima tahun lalu, ini adalah kali pertama kita dilanda banjir kilat," katanya.
Orang yang tinggal berhampiran kawasan yang terjejas turut membatalkan hasrat untuk bersiar-siar sempena cuti umum, berikutan kesesakan trafik.
Sementara itu, beberapa kawasan rendah di tanah besar turut dinaiki air selepas hujan lebat berterusan lebih tiga jam petang semalam antaranya Bukit Mertajam, Simpang Ampat dan Jawi.
Antara kawasan yang dinaiki air pada paras betis dan buku lali itu ialah Permatang Rawa, Jalan Rozhan, Jalan Tasek, Kampung Sungai Kechil, Kampung Nanas dan Kampung Gajah.
Bagaimanapun sehingga 8 malam tadi tiada mangsa yang dipindahkan.
Seorang penduduk di Permatang Rawa, Abdullah Ishak, 48, berkata selepas hujan berterusan lebih sejam sejak 4 petang semalam, beliau sekeluarga terus mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan peralatan elektrik dan perabot ke tempat lebih tinggi.
Katanya, beliau bimbang barang-barangnya rosak kerana kebanyakannya baru dibeli selepas musnah dalam banjir sebelum ini.
"Setiap kali hujan lebat, memang rumah penduduk di kawasan ini akan banjir kilat dan rumah saya yang paling teruk kerana paling hampir dengan sungai. Air akan melimpah membanjiri kawasan rumah saya dahulu," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2016
Sebuah kereta mengharungi banjir di Jalan P. Ramlee pada Sabtu. -- fotoBERNAMA
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.