awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir kilat melanda Pusat Bandar Puchong

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
18/02/2013
11:48 MYT
Banjir kilat melanda Pusat Bandar Puchong
Hujan lebat di Pusat Bandar Puchong telah mengakibatkan banjir kilat dengan paras air setinggi 1.5 meter yang melibatkan kawasan pusat beli belah Jusco IOI sehingga ke Bandar Puteri.
Menurut penyelia operasi, Pegawai Bomba Kanan 2 Pusat Bandar Puchong, Ashwan Wasir, ketika dihubungi berkata, hujan mula lebat pada pukul 5 petang dan laporan banjir telah diterima kira-kira setengah jam kemudian.
“Punca banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat yang turun tanpa henti menyebabkan longkang tidak boleh menampung jumlah air besar yang datang” katanya lagi kepada pemberita.
Ashwan berkata sebanyak satu bas, dua lori dan dua kereta yang telah mengalami kerosakan teruk akibat dimasuki air.
Tambahnya, banjir yang berlaku selama satu jam itu dilaporkan surut sepenuhnya oleh pihak bomba.
Beberapa pengguna jalan raya yang menggunakan jalan dari LDP ke Pusat Bandar Puchong turut menulis tentang banjir yang berlaku.
Lebuhraya LDP #IOIMallPuchong telah dilanda banjir. Kpd pengguna lebuhraya ini harap anda cr alternatif lain . -_- twitter.com/NOFC1/status/3…
— NazimOthmanLovers (@NOFC1) February 18, 2013
LDP menghala Putrajaya banjir sedalam 1meter (had pinggang) di KM23.8 #kltu yfrog.com/mo9xmvgzj
— Muhammad Faiz Ismail (@FaizIsmail92) February 18, 2013
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut mengemaskini Twitter dengan berita banjir ini dan berharap pengguna jalanraya menggunakan jalan alternatif.
5.47pm LDP: MAKLUMAN SATU BANJIR KILAT KM 21.4 . TRAFIK SESAK DARI PLAZA TOL SUNWAY KE ARAH BANDAR PUTERI. SILA GUNAKAN JALAN ALTENATIF.
— LLM (@LLMinfotrafik) February 18, 2013
Topic Berkaitan
#Bandar Puteri
#banjir kilat
#IOI Jusco
#Pusat Bandar Puchong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan