awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir landa beberapa kawasan di Cheras

Astro Awani
Astro Awani
06/10/2023
12:18 MYT
Banjir landa beberapa kawasan di Cheras
Banjir turut dilaporkan berlaku di tempat letak kereta Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI).- Foto X/@paultantk
CHERAS: Kebanyakan kawasan sekitar ibu negara dinaiki air ekoran hujan lebat berterusan sejak petang tadi.
Berdasarkan tinjuan di media sosial, orang ramai memuat naik gambar banjir yang berlaku di Cheras termasuk di sekitar pusat beli belah Eko Cheras.
Di laman X, wartawan automotif Paul Tan menyatakan beberapa tempat di kawasan itu ditenggelami air.
“Kekal selamat, dan jangan lupa dapatkan ciri perlindungan peril khas tambahan untuk insurans kereta anda supaya anda dilindungi daripada kerosakan banjir,” katanya.
If you're in Cheras, best to stay put where you are right now. If you're about on Jalan Tun Razak, Jalan Loke Yew, Jalan Kuching and the KL-Seremban expressway, be prepared for a slow crawl. https://t.co/o7VPPJjP1V
— Paul Tan's Automotive News (@paultan) October 6, 2023
Dalam pada itu, banjir turut dilaporkan berlaku di tempat letak kereta Institut Biologi Molekul Perubatan UKM (UMBI).
“Tolong alihkan kereta anda, Zon R parkir UMBI di Cheras dinaiki air,” tulisnya.
Air mula naik di Parkir Zon R, UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), Cheras. Hati-hati kepada semua yang memandu. Elakkan daripada melalui jalan yang senang dinaiki air.#Kool101 #banjir #hujan #Cheras Kredit Foto: FB Ali Ghani pic.twitter.com/mUnPkPPY0u
— Kool 101 (@kool101my) October 6, 2023
Sebuah video reel dimuat naik di Facebook stesen radio Era FM menunjukkan banjir melanda beberapa bahagian Bandar Sri Permaisuri.
Banjir melanda beberapa kawasan di Bandar Sri Permaisuri.
Banjir melanda beberapa kawasan di Bandar Sri Permaisuri.
Terdapat juga beberapa kenderaan tersangkut di dalam banjir sehingga terpaksa dialihkan dengan bantuan orang ramai.
Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan beberapa bahagian di Perak, Kelantan (Tumpat, Pasir Mas , Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) serta Terengganu (Besut, Setiu dan Hulu Terengganu).
Topic Berkaitan
#Cheras
#hujan lebat
#banjir
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan