Satu kejadian banjir lumpur berlaku kira-kira pukul 7 malam di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi.

Pengguna lebuhraya dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif yang diumumkan.

Setakat ini, kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.

Apa yang kita tahu setakat ini mengenai kejadian tersebut:

1. Berlaku sekitar pukul 6.30 petang di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi.


2. Sebanyak 4 kenderaan terperangkap dalam banjir lumpur dan telah berjaya dikeluarkan.

3. Setakat pukul 11.45 malam, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

4. Kesesakan lalu lintas berlaku di kedua-dua arah sehingga KM46.2 lebuh raya tersebut. Klik untuk situasi terkini di lokasi kejadian.


5. Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif seperti yang disarankan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadilah Yusof.


6. Pengguna dari arah Kuala Lumpur diminta supaya menggunakan jalan alternatif laluan dalam di Bukit Tinggi atau Kawasan Rehat Lentang, manakala pengguna dari arah Kuantan boleh menggunakan jalan dalam dari Bentong Timur.

FOTO: Banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak

7. Menurut Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, kerja pembersihan telah dimulakan sejak pukul 8 malam tadi.



8. Salah seorang penumpang bas yang terperangkap dalam kesesakan, Farah Iziati memaklumkan kesan lumpur dan pokok yang tumbang menyukarkan kenderaan untuk bergerak.



9. Empat kenderaan tertimbus berjaya dikeluarkan.

10. Laluan dua lorong menghala ke pantai timur kini dijadikan laluan kontra berikutan laluan ke Kuala Lumpur masih ditutup kerana dipenuhi lumpur.

Teruskan bersama kami untuk mendapatkan perkembangan terkini menerusi Live TV.