MALAYSIA
Banjir lumpur Karak: Laman sosial jadi medan perkongsian maklumat
Ketika ini semua sudah sedia maklum dengan kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi, semalam.
Seperti kebiasaannya, laman sosial menjadi medium orang ramai mendapatkan perkembangan terkini, selain harapan agar mereka yang terjejas akibat kejadian itu dapat bersabar dan mengikut arahan pihak berkuasa.
Tidak kurang juga yang berkongsi rasa bimbang dan mengirimkan doa buat saudara-mara dan kenalan yang masih tidak dapat meneruskan perjalanan kerana kejadian itu.
Bagi mereka yang menjadi mangsa dan terperangkap di lebuhraya, laman sosial menjadi tempat 'mengadu nasib'.
dua lorong menghala ke pantai timur kini dijadikan laluan kontra berikutan laluan ke Kuala Lumpur masih ditutup kerana dipenuhi lumpur.
Dalam perkembangan terbaharu, Kerja-kerja pembersihan masih giat dijalankan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami