MALAYSIA
Lelaki maut dihempap runtuhan papan tanda batu

Seorang lelaki maut selepas dihempap runtuhan papan tanda batu semasa melakukan kerja perparitan di Jalan Kampung Gunung Asahan, pagi tadi.
JASIN: Seorang lelaki maut selepas dihempap runtuhan papan tanda batu semasa melakukan kerja perparitan di Jalan Kampung Gunung Asahan, di sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin Supt Mohamad Rusli Mat berkata pihaknya dimaklumkan kejadian menimpa Nazri Yazid, 50, pada 11.05 pagi.
"Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditimpa runtuhan papan tanda itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamad Rusli berkata mayat dibawa ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Pegawai Bomba Kanan II Azizul Ali berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 10.49 pagi.
Mangsa, bagaimanapun telah dikeluarkan daripada sisa runtuhan oleh orang awam semasa bomba tiba di lokasi pada 11.12 pagi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami