KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di Johor dan Sabah bertambah sedikit setakat pagi ini, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di empat daerah meningkat kepada 1,381 orang berbanding 1,379 pada 8 malam tadi.
JPBN memaklumkan sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di empat daerah yang menempatkan 379 keluarga.
Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 921 orang, diikuti Kota Tinggi (223), Mersing (147) dan Segamat (90), menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Cuaca di negeri itu cerah kecuali daerah Mersing yang dilaporkan mendung ketika ini.
Sementara di SABAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 599 orang daripada 183 keluarga yang dipindahkan ke 13 PPS di tiga daerah, berbanding 556 orang daripada 165 keluarga malam tadi.
Sekretariat JPBN Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa teramai dipindahkan di Telupid iaitu 443 orang daripada 131 keluarga yang berlindung di sembilan PPS.
"Di Paitan seramai 111 orang daripada 40 keluarga dipindahkan ke tiga PPS dan Lahad Datu 45 orang daripada 12 keluarga di satu PPS," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga memaklumkan jumlah mangsa banjir di Telupid dijangka meningkat manakala di Paitan dan Lahad Datu dijangka kekal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Cuaca di Johor dilaporkan cerah kecuali daerah Mersing yang dilaporkan mendung ketika ini. - Foto fail/BERNAMA

Lacur: Ibu tunggal didenda RM2,500
Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas.

AWANI Ringkas: Usaha kurangkan beban guru, KPM kaji wujudkan pembantu guru
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ramadan, Syawal: KPDN laksana sesi libat urus berterusan pantau bekalan, harga barang
Sesi libat urus berterusan antara kementerian dan agensi akan dilakukan bagi memastikan bekalan barangan basah mencukupi sepanjang Ramadan dan menjelang Hari Raya.

3 kementerian bincang perluas sistem pembayaran terbuka ke PLUS
KPDN bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

688 permohonan warganegara libat anak lahir di luar negara - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) setakat ini menerima sebanyak 688 permohonan taraf kewarganegaraan bagi anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

PRU Thailand: Pengundi Selatan Thai teruja, Move Forward, Pheu Thai dijangka tarik pengundi muda
Parti Move Forward dan Parti Pheu Thai yang memperoleh kerusi majoriti dalam pemilihan Majlis Metropolitan Bangkok pada Mei lalu, dijangka meraih undi daripada golongan muda di Selatan Thai.

Tiada lagi keperluan mohon kebenaran Pesuruhjaya Sukan - Hannah Yeoh
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memansuhkan keperluan permohonan bagi mendapatkan kelulusan penganjuran sukan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS) berkuat kuasa hari ini.

Pelan Besar Industri Halal sasar sumbang 8.1 peratus KDNK menjelang 2030
HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.

Korea Utara lancar empat peluru berpandu
Menteri Pertahanan Korea Selatan Lee Jong Sup pada Khamis berkata negara itu melancarkan empat peluru berpandu cruise pada Rabu.

Kerajaan nafi abai pencarian kapal hilang
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke berkata lokasi terakhir kapal kargo Malaysia, MV Dai Cat 06 dikesan adalah di perairan Indonesia.

Mangsa banjir di Batu Pahat kini 967 orang
JPBN turut memaklumkan pada pagi ini, tiada sungai yang direkodkan berada pada paras bahaya.

Puluhan ribu penduduk California berdepan bekalan elektrik terputus
Hujan lebat, angin kencang dan ribut salji memburukkan lagi keadaan dengan lebih ramai penduduk tempatan dijangka akan berpindah.

Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 1,086 malam ini
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 1,086 orang setakat 8 malam ini.

Mangsa banjir boleh mohon empat kategori bantuan - Armizan
Mangsa banjir di Johor yang layak boleh memohon empat kategori bantuan daripada Kumpulan Wang Amanah Bencana Negara (KWABN) yang diselaraskan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

PMKS Johor digalakkan mohon pembiayaan BRJohorNiaga - Onn Hafiz
Usahawan bagi PMKS di Johor terutama mereka yang terjejas banjir di daerah Batu Pahat dan Segamat digalakkan memohon pembiayaan yang ditawarkan menerusi program BRJohorNiaga.

Situasi banjir di Batu Pahat semakin baik, mangsa menurun kepada 1,813 orang
Tiga PPS ditutup iaitu Dewan Orang Ramai Parit Yaani, Sekolah Agama Sri Tanjung dan Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung, susulan banjir telah surut sepenuhnya di kawasan berkenaan.

Nadma, KPM kenal pasti lokasi sekolah bina PPS kekal
Nadma dan Kementerian Pendidikan sedang mengenal pasti lokasi pembinaan pusat pemindahan sementara (PPS) kekal di kawasan sekolah yang sesuai.

Banjir Johor: Tiga fasiliti kesihatan masih tidak beroperasi
Dua fasiliti kesihatan tidak selamat beroperasi iaitu Klinik Desa Kundung Ulu, Tangkak dan Klinik Kesihatan Chaah, Segamat manakala Klinik Desa Sri Pandan dalam proses pembersihan.

Mangsa banjir di Batu Pahat berkurang kepada 2,540 orang
Seramai 701 keluarga masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi ketika ini.

Banjir: 13 PPS ditutup, mangsa di Batu Pahat terus berkurang
Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 3,086 orang setakat 8 malam ini.