awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Mangsa di Johor terus meningkat

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2025
23:15 MYT
Banjir: Mangsa di Johor terus meningkat
Keadaan jalan raya ditenggelami air akibat banjir di Kampung Paya Kenangan berikutan hujan beterusan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa terus meningkat di Johor selepas Johor Bahru menjadi daerah terkini dilanda bencana alam itu.
Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 6 pagi Ahad, mangsa yang berlindung di 36 pusat perlindungan sementara (PPS) di semua lima daerah terkesan di Johor, meningkat kepada 3,192 daripada 967 keluarga.
Sebelum ini, pada 10 malam tadi, terdapat 3,015 daripada 897 keluarga yang berlindung di 34 PPS di Johor.
Sembilan PPS baharu dibuka antaranya, iaitu Dewan Raya Kampung Murni Jaya, Kulai; Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bunian, Pontian serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kahang dan SK Seri Kencana, Kluang.
Enam sungai dilaporkan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat dengan bacaan 6.06 meter, Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang 15.63 meter dan Sungai Siam di Kampung Sungai Siam 21.87 meter.
Selain Johor, tiga lagi negeri direkodkan mengalami banjir iaitu Terengganu, Perak dan Kedah, yang masing-masing membuka 1 PPS.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir2024
#monsun timur laut
#Bah Kuning
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan